Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Ringkasan Riwayat Hidup Imam at-Tirmizi r.a. Dan Imam-Imam Yang Lain (Bahagian 2/Akhir)

Alhamdulillah, walaupun keadaan penulis masih lagi dalam keadaan yang kurang sihat, penulis tetap akan menyambung tajuk yang telah penulis tulis pada bulan yang lepas iaitu Ringkasan Riwayat Hidup Imam at-Tirmizi.

Pada bahagian yang ke-2 ini penulis akan tulis dengan lebih mendalam lagi.  Semoga dengan apa yang penulis tuliskan ini, dapat kita sama-sama memanfaatkanya.

Imam at-Tirmizi adalah salah seorang murid kepada Imam Hadis yang masyhur(popular) iaitu Imam al-Bukhari dan merupakan salah seorang perawinya.  Selain ilmu hadis Imam at-Tirmizi juga mempelajari ilmu Feqah dengan Imam al-Bukhari.  Selain belajar, Imam at-Tirmizi juga sering berbincang dan berhujah dengan gurunya iaitu Imam al-Bukhari.  Adakalanya, pendapat Imam at-Tirmizi dan Imam al-Bukhari bercanggah dan bertentangan, namun para pembaca sekalian harus memahami kerana perbezaan dan percanggahan didalam pandangan setiap ulama' adalah wajar kerana ingin mencari sesuartu kebenaran dengan lebih jelas, sebagaimana yang biasa berlaku dalam segenap bidang ilmu yang lain.

Di dalam memperluas dan memperdalamkan lagi ilmunya, Imam at-Tirmizi sentiasa mengembara dan merantau ke banyak negeri.  Imam at-Tirmizi telah mengikuti halaqah-halaqah ilmu Hadis di segenap ceruk rantau termasuk di pusat-pusat pengajian ilmu yang terdapat di Khurasan, Iraq dan Hijaz.

al-Hafiz Abu al-Fadhlu Muhammad Bin Thohir al-Maqdisi menceritakan bawaha al-Hasan bin Ahmad Abu Muhammad al-Samarqandi menggambarkan kepada kami bahawasanya Abu Sa'id Abdul Rahman Bin Muhammad al-Idris al-Hafiz bercerita sebagaimana berikut :

"Muhammad bin 'Isa bin Saurah at-Tirmizi al-Hafiz al-Dharir adalah seorang imam teladan dalam bidang ilmu hadis.  Beliau telah menyusun kitab al-jama'i, al-Tawarikh dan al-'Ilal.  Kitab-kitab susunannya itu membuktikan bahawa beliau seorang ulama' yang berpengetahuan luas, dan selalu menjadi tauladan kepada orang lain, terutama dalam hafalan hadis."
 
al-Sam'ani berkata dalam kitabnya "al-Ansab" sebagaimana berikut :

"at-Tirmizi adalah seorang Imam yang tiada tandingannya pada zamanya.  Beliau mempunyai beberapa karya tulisan dan merupakan salah seorang Imam teladan dalam bidang Ilmu Hadis."

Selain itu, telah dinukilkan dari al-Zahabi dalam kitabnya Tazkiratul al-Huffaz, Ashafdi dalam Nuktul Himyan dan al-Muiz dalam al-Tahzib, bahawa Imam Ibnu Hibban telah menyebutkan tentang Imam at-Tirmizi di dalam kitabnya al-Tsiqaat sebagaimana berikut :

"at-Tirmizi adalah salah seorang yang diantara sekian banyak orang yang menghimpunkan hadis, kemudian menyusunnya di dalam kitab dan menghafalnya serta memuzakarahkanya."

Al-Zahabi didalam kitabnya al-Mizan mengungkapkan : 

"at-Tirmizi adalah seorang yang banyak menghafal.  Penyusun kitab al-Jami' dan diperakui kesahihan riwayatannya oleh Ijma' Ulama'.  Jangan terpengaruh dengan kenyataan Abu Muhammad Bin Hazm tentang peribadi at-Tirmizi yang ditulis dalam kitab al-Aishal pada bab faraid.  Abu Muhammad menuduh beliau sebagai majhul iaitu tidak dikenali.  Sedangkan Abu Muhammad yang tidak mengetahui tentang adanya kitab al-Jami' dan al-'Ilal, hasil karangan Imam at-Tirmizi."

Ibnu Al-'Imad al-Hambali di dalam kitabnya Syadzratudz Dzahab, mengungkapkan sebagaimana berikut :

 "at-Tirmizi amat menonjol di kalangan Ulama' seangkatannya.  Beliau merupakan model dalam penghafalan dan mendalami Ilmu Hadis."

Diriwayatkan oleh al-Hakim Abu Ahmad dari salah seorang gurunya yang berkata :

"Disaat Muhammad Bin Ismail al-Bukhari (Imam al-Bukhari) meninggal dunia, tidak ada yang ditinggalkan di khurasan selain orang yang seperti Abu 'Isa (Imam at-Tirmizi) ditinjau dari segi ilmu, kekuatan hafalan dan banyak menghafal, wara' dan kezuhudannya. Imam at-Tirmizi banyak menangis sehingga ke akhir hayatnya.  Akibatnya beliau menjadi buta beberapa tahun sebelum meninggal dunia."

Di dalam kitab al-Tahzib, Abu al-Fadhl al-Bailamani bercerita dengan sanad sebagaimana berikut : 
"Dari Nashr Bin Muhammad al-Syibrakuhi, dari Muhammad Bin Isa (al-Tirmizi) bahawa Imam Bukhari telah berkata kepada al-Tirmizi sebagaimana berikut : 

"Sesungguhnya manfaat yang dapat engkau ambil dari dirimu sendiri, lebih banyak daripada manfaat yang engkau dapat kau ambil dari diriku."

 Ibnu Atsir di dalam kitabnya al-Tarikh berkata :


"al-Tirmizi adalah seorang Imam dan Hafiz(gelaran bagi seorang ahli hadis yang telah menghafal atau menguasai seratus ribu Hadis berserta sanad dan matanya).  Ia telah menulis banyak kitab yang bermutu tinggi.  Di antara karyanya adalah kitab al-Jami'ul Kabir iaitu sebuah kitab yang sangat baik".

Abu Ali, iaitu Mansur Bin Abdullah al-Khalidi menyatakan bahawa Imam at-Tirmizi pernah menceritakan tentang kitabnya al-Jami'ul Kabir sebagaimana berikut :

"Setelah aku menulis kitab ini dan kemudian memperlihatkannya kepada para ulama' Hijaz, Iraq dan Khurasan, ternyata mereka menyambut dengan penuh kegembiraan sambil membuat komentar dengan kata-kata : "Sesiapa yang menyimpan kitab ini dirumahnya, maka seakan-akan di dalam rumahnya ada Nabi Muhammad S.A.W. yang sedang bersabda". 

Kongsi di Google Plus

About ΛΓΓОVЄРЄΛСЄ™

Tiada Kepayah Selagi Kita Mahu Berusaha ...
Dapatkan HABBASYI OIL - Kapsul Habbatussauda + Madu

- Hubungi 019 215 7175 (Syahrul)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment