Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Kewajipan Kepada Muslimah Ketika Keluar Rumah (Bahagian 1)

Kali ini penulis ingin menyentuh tentang pakaian remaja perempuan kita zaman sekarang,wal hal bukan saja remaja malah wanita peringkat dewasa juga tidak ketinggalan.Tujuan penulis menulis adalah supaya para pembaca semua dapat sampaikan kepada adik, kakak, saudara serta kawan-kawan para pembaca sekalian.

Penulis berasa sedih kerana kerana menyalah guna pakai konteks pakaian sebenar kerana segelintir di kalangan kita ini berpakaian tetapi pada hakikat adalah (maaf dengan bahasa yang penulis gunakan) telanjang.

Kita lihat kembali pakaian merupakan salah satu nikmat Allah S.W.T. yang digunakan untuk menutup aurat serta menjadi perhiasan yang cantik pada pandangan mata.

Satu hal yang perlu disedari oleh orang-orang yang beriman  kerana terdapat satu pakaian yang paling penting dan perlu dimiliki bagi menjaga kehormatan manusia dan mengangkat darjatnya iaitu pakaian "ketakwaan"(Ketaatan) kepada Allah S.W.T. yang hanya dimiliki oleh orang-orang yang berpegang teguh dengan segala ajaran Allah S.W.T.

Berpandukan beberapa buah kitab yang pernah penulis pelajari ketika menuntut ilmu kepada Al-'Alim Syeikh Muhammad Noeruddin Bin Marbu Bin Abdullah Al-Banjari Al-Makki Hafizhohullahu Ta'ala, maka penulis akan berkongsi dengan ilmu yang sedikit ini tentang perkara yang berkaitan dengan pakaian muslimah, agar ia boleh dijadikan garis panduan yang berguna kepada pembaca sekalian terutama kepada golongan Wanita Islam khususnya ketika mereka ingin keluar dari rumah samada ketempat kerja atau sebagainya.

Sudikiranya pembaca yang lebih berpengetahuan membuat teguran sekiranya mendapati ada wujud sebarang kesalahan dan kesilapan di dalam penulisan ini kerana penulis menulis dengan ilmu yang serba kekurangan dalam bidang yang tidak penulis dalami sedalamnya melainkan dengan niat penulis ingin berkonsi apa yang ada selain melaksanakan perintah Allah S.W.T sebagaiman bersabda kekasihnya Nabi Muhammad S.A.W. Sayyidu waladi 'Adnan :

بَلِّغُو عَنِّي وَلَوْ آيَةً . رواه البخارى
Mafhum Hadis : Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat. riwayat Imam Bukhari(Hadis No. 3461)

Kewajipan Pertama
أَنَّ تكونُ الملابسُ سابغةً بمعنى أن تكون ساترةً لجَميعِ العَورةِ
Mafhumnya : Pakaian itu mestilah menutup seluruh aurat.

Aurat wanita mengikut kebanyakkan ulama' adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Terdapat dalam kitab 'al-Muhimmat' bahawa kebanyakkan ulama' berpendapat  muka dan kedua tapak tangan bukan aurat kerana berdasarkan firman Allah S.W.T. didalam Al-Quran pada ayat ke 31 Surah an-Nur yang ditafsirkan dengan muka dan kedua tapak tangan.

Didalam tajuk ini penulis akan menulis lebih kurang 5 hingga 6 Syarat menurut penulis.Insya Allah penulis akan menyambung penulisan ini di masa akan datang.
Kongsi di Google Plus

About ΛΓΓОVЄРЄΛСЄ™

Tiada Kepayah Selagi Kita Mahu Berusaha ...
Dapatkan HABBASYI OIL - Kapsul Habbatussauda + Madu

- Hubungi 019 215 7175 (Syahrul)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment