Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Ringkasan Riwayat Hidup Imam at-Tirmizi r.a. Dan Imam-Imam Yang Lain (Bahagian 1)

Nama panggilan Imam at-Tirmizi ialah "Abu 'Isa", tetapi nama asalnya adalah Muhammad Bin 'Isa Bin Saurah Bin Musa Bin al-Dahhak al-Sulami .

Beliau dilahirkan pada tahun 209 Hijrah di desa Bugh. Kemudian beliau berpindah pula ke kota Tirmizi dan berterusan menetap disana sehingga akhir hayat hidupnya iaitu pada tahun 279 Hijrah .  Sebelum penulis melanjutkan lagi Ringkasan Riwayat Hidup Imam at-Tirmizi kita selami serba ringkas tentang perbahasan mengenai baris huruf pada nama Imam at-Tirmizi .

Perbahasan mengenai Baris Huruf (ت) pada Nama Imam at-Tirmizi :

1) Penulis Kitab "al-Qamus" menerangkan bahawa ترمذ huruf (ت) dibariskan dengan baris kasrah, iaitu تِرمِذِ . Tirmizi merupakan nama sebuah kota kuno di tepi sungai Balkh di wilayah pantai sebelah timur. Kota ini dikenali pula dengan nama "Madinatul Rijal" (Kota Kaum Lelaki).

2) Syeikh Ibrahim al-Bajuri menerangkan bahawa ترمذ menurut pendapat yang masyhur dibaca "تِرْمِذِ".

3)Ulama' Ahlul Ma'rifah membacanya dengan baris ــُ pada huruf ت dan ada pula yang membacanya dengan baris ــَ .


Kita terus kembali dengan Ringkasan Riwayat Hidup Imam at-Tirmizi.  Para Ahli Sejarah menyatakan bahawa zaman kehidupan Imam at-Tirmizi merupakan Zaman Keemasan Ilmu hadis dan Imam Muhammad Bin Idris as-Syafi'e al-Mutallibi atau lebih dikenali dengan nama Imam as-Syafi'e yang telah dianggap sebagai penggeraknya, yang hidup diantara tahun 150 - 204 Hijrah.

Semasa hidupnya, Imam as-Syafi'e telah berjaya mengajar umat Islam, terutama penduduk Iraq dan mesir mengenai sumber hukum perundangan Islam.  Beliau menyatakan bahawa sumber hukum-hukum adalah berasal dari Al-Quran dan As-Sunnah.  Beliau telah memahamkan umat Islam mengenai bagaimanakah cara mengamalkan Sunnah dan menyesuaikan dengan Al-Quran, kerana ianya merupakan pentafsiran kepada nas-nas Al-Quran terutamanya yang tidak jelas dan mempunyai kesamaran.  Beliau juga telah berjaya mencipta beberapa kaedah Usul Ijtihad (Usul Fiqh) serta mengembangkannya.  Ketika diadakan perbincangan dan perdebatan mengenai kedudukan dan status Hadis dalam perundangan Islam, beliau telah berjaya menyakinkan lawan-lawanya tetang kewajipan menjadikan hadis sebaai salah satu sumber hukum.  Dalil yang diberi oleh Imam as-Syafi'e telah membuatkan mereka tidak mampu menjawab segala hujah-hujahnya.

Selanjutnya penulis menyatakan bahawa sejarah menyakinkan bahawa imam-imam besar yang merupakan penyusun Sunnah, banyak muncul di zaman tersebut. Walhal mereka tidak sempat bertemu ataupun berguru dengan Imam as-Syafi'e, kerana Imam as-Syafi'e telah meninggal dunia. Namun mereka sempat bertemua dengan sahabat-sahabat Imam as-Syafi'e, orang yang sempat bergaul dan orang yang pernah berdebat dan berhujah dengan Imam as-Syafi'e dalam perdebatan ilmiah.  Dan juga dengan murid-muridnya yang sudah mempunya nama yang besar di kalangan masyarakat ketika itu kerana kehebatanya.

Sebelum penulis meneruskan lagi Ringkasan Riwayat Hidup Imam at-Tirmizi, penulis ingin menyebut tentang beberapa ahli-ahli hadis dan biodata ringkas mereka sebagaimana berikut :-

1) Imam Bukhari atau nama sebenar beliau ialah Muhammad Bin Ismail  Abu Abdillah.  Beliau dilahirkan pada bulan syawal pada tahun 194 Hijrah dan wafat pada hari Sabtu pertengahan bulan Syawal tahun 256 Hijrah.
2) Imam Muslim atau nama sebenar beliau ialah Muslim Bin al-Hajjaj al-Qusyairi Abu al-Hassan.  Beliau dilahirkan pada tahun 209 Hijrah dan wafat pada tanggal 25 Rejab tahun 256 Hijrah.

 3) Abu Daud atau nama sebenar beliau ialah Sulaiman Bin al-'Asy'ats al-Sajistani.  Beliau dilahirkan pada Tahun 202 Hijrah dan wafat pada pada tanggal 16 Syawal tahun 257 Hijrah.

4) An-Nasaei atau nama sebenar beliau ialah Ahmad Bin Syu'aib yang terkenal dengan panggilan Abu 'Abdirrahman.  Beliau dilahirkan pada tahun 215 Hijrah dan wafat pada tanggal 13 Safar tahun 303 Hijrah.

5) Ibnu Majah atau nama sebenar beliau ialah Muhammad Bin Yazid bin Majah yang terkenal dengan panggilan Abu 'Abdillah.  Beliau dilahirkan pada tahun 209 Hijrah dan wafat pada tanggal 22 Ramadhan tahun 373 Hijrah.

Imam-Imam Hadis yang penuliskan serba ringkas(termasuklah Imam at-Tirmizi) ini telah meriwayatkan hadis yang mereka terima dari ramai guru-guru hadis. Sebahagian daripada mereka telah meriwayatkan hadis dari guru yang berbeza, tetapi banyak juga di antara mereka yang meriwayatkan hadis dari guru yang berbeza.

Dari semua ulama'-ulama' hadis yang mereka temui, terdapat 9 orang ulama' Hadis yang mereka sepakati bersama sebagai sumber pengambilan Hadis-hadis Rasulullah S.A.W. iaitu :
  1. Abu Hafsh atau nama sebenar beliau 'Amr Bin 'Ali al-Fallas.  Beliau dilahirkan selepas tahun 160 Hijrah dan wafat pada tahun 249 Hijrah.
  2. Nashr Bin 'Ali Jahdlami.  Beliau wafat pada tahun 250 Hijrah.
  3. Muhammad Bin Basysyar.  Beliau dilahirkan pada tahun 167 Hijrah.
  4. Ya'qub Bin Ibrahim ad-Dauraqi.  Beliau dilahirkan pada tahun 166 Hijrah.
  5. Muhammad Bin Mutsanna yang terkenal dengan panggilan Abu Musa.  Beliau dilahirkan pada tahun 167 Hijrah.
  6. Ziyad Bin Yahya al-Hasani.  Beliau dilahirkan pada tahun 254 Hijrah.
  7. 'Abbas Bin 'Abdul 'Adhim al-'Anbari.  Beliau dilahirkan pada tahun 246 Hijrah.
  8. Muhammad Bin Ma'ammar al-Qaisi al-Bahrani.  Beliau dilahirkan pada tahun 256 Hijrah.
  9. Abu Sa'id al-Asyaj atau nama sebenar beliau ialah 'Abdullah Bin Sa'id al-Kindi.  Beliau dilahirkan pada tahun 257 Hijrah.
Demikianlah serba sedikit tentang 9 orang ulama Hadis yang disepakati oleh Imam-imam Hadis yang penulis tulis di atas tadi.  Sekarang kita teruskan dengan Ringkasan Riwayat Hidup Imam at-Tirmizi.

Di antara keistimewaan Imam at-Tirmizi ialah beliau sempat bertemu dan berguru dengan ulama'-ulama' hadis yang lebih tua dari ulama'-ulama' yang penulis tulis tadi, seperti Imam al-Zahabi di dalam kitabnya "Tazkiratul al-Huffaz" telah mengulas mengenai hal ini. Para pembaca bolehlah membeli kitab yang disebutkan tadi untuk mengetahui lebih lanjut tentang hal ini.  Insya allah penulis juga akan cuba mencari dan akan penulis tuliskan disini sebagai bahan rujukkan pembaca dan sebagai ilmu tambahan kepada anak-anak murid penulis di SERI dan SEMI  ABIM Sungai Ramal Dalam, Kajang.

"Imam at-Tirmizi sempat berguru kepada Qutaibah Bin Sa'id. Guru Imam at-Tirmizi ini hidup diantara tahun 150 Hijrah hingga 240 Hijrah.  Seterusya Imam at-Tirmizi juga sempat berguru kepada Abu Mas'ab atau nama sebenar beliau Ahmad Bin Abu Bakar al-zuhri al-madani yang hidup diantara tahun 178 Hijrah hingga tahun 242 Hijrah. Selain itu Imam at-Tirmizi juga berguru dengan Ibrahim Bin 'Abdillah al-Harawi, Ismail Bin Musa al-Suddi, Suwaid Bin Nasr dan Ali Bin Shakhar atau nama sebenar beliau Ali Bin Hajar al-Marwazi yang wafat pada tahun 244 Hijrah dalam usia hampir 100tahun.

Penulis akan menyambung lagi penulisan tentang Ringkasan Riwayat Hidup Imam at-Tirmizi r.a ini dalam bahagian Ke-2
Kongsi di Google Plus

About ΛΓΓОVЄРЄΛСЄ™

Tiada Kepayah Selagi Kita Mahu Berusaha ...
Dapatkan HABBASYI OIL - Kapsul Habbatussauda + Madu

- Hubungi 019 215 7175 (Syahrul)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment