Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Kewajipan Kepada Muslimah Ketika Keluar Rumah (Bahagian 2)

Tajuk yang lepas : Kewajipan Kepada Muslimah Ketika Keluar Rumah (Bahagia 1)

Pada kali ini penulis akan menyambung dari hasil penulisan tajuk yang pertama iaitu :

Kewajipan Kedua

أَن تكون الملابسُ سميكةً بمعنى ألاّ تشِفَّ عمّا تحْتهَا
  
Ertinya : Bahawasanya pakaian itu tebal yakni tidak jarang sehingga boleh menampakkan warna kulit.

Pakaian itu tidak terlalu nipis atau jarang sehingga menampakkan warna kulit dan rambut.

Antara Dalilnya :
1) Hadis Pertama

صنفان من أهل النّار لم أرهما قومٌ معَهمْ سِياطٌ كأذْنابِ البقر يضربون بها الناس، ونسآءٌ كاسياتٌ عارياتٌ مائلاتٌ مميلاتٌ على رؤوْسهنَّ أمثالُ أسمنة البخت المائلة، لا يدخلْنَ الجنة ولا يجـدن ريحها وإنَّ ريحها ليوجد من مسيرة كذا وكذا
Ertinya : Ada dua golongan ahli neraka yang aku belum pernah lihat sebelum ini. (Pertama) beberapa lelaki yang mempunyai cemeti seumpama ekor lembu[yang digunakan untuk] memukul orang lain [secara zalim], (Kedua) segolongan perempuan yang berpakaian[tetapi] telanjang yang seleweng serta menyelewengkan, di atas kepala mereka seumpama bonggol unta.  Mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menghidu baunya, sesungguhnya bau syurga itu benar-benar dapat dihidu dari jarak begini dan begini[amat jauh]. 
(Riwayat Imam Muslim hadis No:2128)

Imam an-Nawawi mentafsirkan di dalam kitab syarah Sahih Muslim (Juz 14/Muka surat 110) maksud berpakaian tetapi telanjang ialah seperti berikut :

[1]Tafsiran Pertama : Memakai nikmat Allah tetapi telanjang daripada mensyukurinya (tidak mensyukurinya)
Taklik Penulis : Berpakaian dengan pakaian yang ketat atau nipis sedangkan Allah telah memberi segala nikmat dari segi harta mahupun akal tetapi tidak menggunakanya dengan baik

[2]Tafsiran Kedua : Menutupi sebahagian badan dan membuka sebahagian yang lain untuk memperlihatkannya kepada orang lain.
Taklik Penulis : Tidak menyeluruh dalam mempraktikan suruhan Allah S.W.T dalam menutup aurat, kerana hanya menutupi sebahagian aurat seperti memakai tudung yang menutup bahagian belakang rambut sahaja, memakai tudung hanya menutup rambut sedangkan leher dan dada masih kelihatan bentuknya sepertimana telah dijelaskan didalam kitab-kitab feqah yang lain bahagian tersebut juga adalah sebahagian daripada Aurat yang wajib ditutup.

[3]Tafsiran Ketiga : Memakai pakaian yang nipis sehingga memperlihatkan wana badannya.
Kongsi di Google Plus

About ΛΓΓОVЄРЄΛСЄ™

Tiada Kepayah Selagi Kita Mahu Berusaha ...
Dapatkan HABBASYI OIL - Kapsul Habbatussauda + Madu

- Hubungi 019 215 7175 (Syahrul)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment