Sejak kebelakangan ni jualan buku fizikal
di Amerika Syarikat semakin berkurangan kerana pengguna lebih gemar
membeli buku edisi elektronik. Selain daripada itu buku digital dijual
pada harga yang lebih murah. Ini mengakibatkan kedai buku ternama
Borders mengisytiharkan diri mereka bankrap kerana jualan yang semakin
menyusut. Oleh sebab itu di San Antonio Texas, Perpustakaan
BiblioTechyang 100% digital dibuka. Perpustakaan digital sepenuhnya
pertama dunia ini dibina dengan harga USD 2.3 Juta dan hanya dilengkapi
48 iMac, 10 MacBook Pro dan 40 tablet iPad. Ia mempunyai koleksi 10 000
buku yang boleh dimuat turun oleh pengguna. Setiap pengunjung boleh
meminjam 5 buah e-buku didalam sebuah iPad pada satu-satu masa. Terdapat
juga bilik bacaan khas untuk kanak-kanak dengan komputer skrin sesentuh
Microsoft Surface. Menurut BiblioTech, sambutan penduduk San Antonio
sangat menggalakkan dan perpustakaan ini sentiasa penuh selepas waktu
persekolahan. Adakah perpustakaan digital bakal menggantikan
perpustakaan tradisional sepenuhnya pada masa hadapan? Secara peribadi
kami rasakan buku fizikal jauh lebih selesa dibaca dan sekiranya buku
terjatuh keatas muka ketika dibaca dalam posisi berbaring,
kebarangkalian muka akan tercedera adalah jauh lebih rendah!




0 comments:
Post a Comment