Wat Phra Dhammakaya ialah kompleks wat
Buddha terbesar di Thailand dengan luas 4 kilometer persegi. Di
tengah-tengah kompleks ini terdapat sebuah stupa gergasi yang menyerupai
sebuah UFO. Pada permukaan luar stupa ini diletakkan 300 000 patung
gangsa yang disadur emas manakala di bahagian dalamnya terdapat 700 000
patung yang sama. Setiap hari ratusan ribu pengikut Dhammakaya akan
bertafakur dan berdoa secara pukal. Kompleks gergasi ini juga merupakan
tempat tinggal bagi 3000 orang sami. Pegerakan Buddha Dhammakaya ini
dipenuhi kontroversi kerana dikatakan menyimpang dari ajaran sebenar. Ia
diasaskan pada tahun 1970 dan semakin berkembang. Kompleks Wat Phra
Dhammakaya yang bernilai USD 1 Billion ini dibina menggunakan wang
sedekah pengikut. Terdapat dakwaan yang mengatakan terdapat
penyelewengan wang dikalangan pihak atas pergerakan agama ini.
Sungguhpun begitu Wat Phra Dhammakaya masih menjadi tarikan pelancong
dan ratusan ribu pengikutnya. Jika anda ke Thailand Wat Phra Dhammakaya
terletak hanya 16 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok.
Look cool!




0 comments:
Post a Comment