Perang keagamaan sedang memuncak di
Republik Afrika Tengah. Ia melibatkan peperangan diantara minoriti Islam
dan majoriti Kristian. Konflik bermula apabila Seleka, sebuah kumpulan
militan Islam berjaya membentuk kerajaan baru selepas menggulingkan
kerajaan yang sedia ada. Ini amat mengejutkan penduduk RAT kerana negara
ini hanya mempunyai 15% penganut agama Islam. Keadaan menjadi semakin
teruk apabila Seleka membunuh, menyeksa dan membunuh penganut kristian
bagi memastikan mereka kekal berkuasa. Penduduk kristian kini bangkit
bagi menentang kerajaan Seleka dan akibatnya penduduk beragama Islam
yang tidak berdosa pula kini diburu, diseksa, dibunuh dan dirogol.
Inilah yang terjadi apabila kebencian agama semakin memuncak




0 comments:
Post a Comment