Sebuah status di laman sosial sedang
tersebar berkenaan penghinaan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh
jururawat di hospital dan klinik kerajaan.
Pengguna yang menggunakan nama Ryutaro Ken menulis:
“Swasta mmg la best layanan die sbb tu la mahal.. kalau kerajaan ni kan
murah.. so layanan mcm pelacur murahan.. semua staff2 nurse kerajaan ni
mmg dah mcm pelacur murahan..!!’
Entah apa yang jururawat yang telah lakukan pada diri beliau sehingga
tergamak menyamakan pekerjaan yang mulia itu dengan gelaran tidak
sepatutnya.
Andainya mahu tegur sekalipun, biarlah kena dengan caranya, bukan dengan
memaki hamun di laman sosial. Ramai lagi yang menerima perkhidmatan
dari jururawat di hospital kerajaan ini yang berpuas hati.
Berhati-hati ketika menggunakan laman sosial, setiap pandangan dan komen
yang kita lontarkan itu mungkin akan menimbulkan rasa kurang senang
oleh sesetengah pihak, jika benarlah perkara ini berlaku diharap pemilik
laman sosial tersebut berhenti dan perlulah memohon maaf atas
ketelanjuran yang berlaku.
0 comments:
Post a Comment