Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Hidup Dalam Perzinaan Walaupun Sudah Bernikah!

Perkahwinan seumpama ini sering dilakukan oleh pihak keluarga bagi menutup malu yang telah dilakukan oleh anak mereka.

Perkara seperti ini berlaku kerana kekurangan pendidikan agama khususnya terhadap remaja-remaja sekarang ini.  Mereka lebih suka hidup seperti cara orang barat yang dikatakan moden dan mengikut trend masa kini.





Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan menyebabkan berlakunya masalah gejala sosial seperti perzinaan yang berleluasa sehingga menyebabkan si perempuan mengandung dari hasil yang kononnya kasih sayang antara pakwa dan makwa. Hasilnya mereka tiada lagi sifat belas kasihan sehingga bayi yang lahir dari hasil perzinaan itu di campak ke longkang, di tanam hidup-hidup di ladang kelapa sawit, di sumbat di tandas asrama, di buang ke tong sampah, tidak kurang juga yang menjadi gonggongan anjing.



Situasi yang sering berlaku apabila dapat tahu bahawa si perempuan telah pun mengandung adalah pihak keluarga akan cepat-cepat mengahwinkan perempuan tersebut dengan pasanganya, atas alasan untuk menutup malu tanpa sedikitpun mengambil tahu hukum pernikahan tersebut.

Sedikit perkongsian ilmu.
  • Perempuan yang didapati telah hamil luar nikah tidak boleh bernikah sehingga perempuan tersebut melahirkan bayi tersebut.
  • Walaupun lelaki berkenaan sanggup berkahwin, perkahwinan tersebut tetap tidak sah mengikut hukum syariat.
  • Apa yang perlu dilakukan adalah menunggu sehingga perempuan tersebut melahirkan barulah boleh dinikahi.
  • Sekiranya mereka bernikah juga, pernikahan mereka itu tidak sah dan mereka hidup dalam perzinaan sehingga mereka bernikah kembali dalam keadaan yang sah.
  • Anak hasil dari hubungan luar nikah, anak dalam kandungan tersebut bukanlah anak kandung lelaki berkenaan dalam bahasa lain anak dalam kandungan itu bukan mahram bagi lelaki berkenaan.



Kesimpulanya : Sekiranya perkara yang saya tuliskan ini berlaku disekeliling anda, maka anda wajib memberitahu mereka, mereka haruslah diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, sekiranya tidak, maka mereka akan terus menerus melahirkan anak dari hasil perzinaan, bayangkan sekiranya ianya berlarutan sehingga mendapat cucu dan cicit ... Na'uzubillahi min dzalik...
Kongsi di Google Plus

About syahrul

Tiada Kepayah Selagi Kita Mahu Berusaha ...
Dapatkan HABBASYI OIL - Kapsul Habbatussauda + Madu

- Hubungi 019 215 7175 (Syahrul)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment