Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Perkembangan Terkini nahas MH17





KUALA LUMPUR,  18 Julai:
Menurut laporan pesawat MH17 berlepas daripada Amsterdam pada jam 12.15 petang waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia.

02:30 pagi
Menurut laporan AFP, berpuluh-puluh mayat berkecai dilihat berselerak dalam kesan serpihan pesawat MH17 yang dipercayai terhempas di kawasan yang dikuasai pemisah di timur Ukraine. 

Kesan serpihan bersepah sepanjang beberapa kilometer dan bahagian ekor pesawat penumpang itu kelihatan di ladang jagung berkenaan dengan lambang Penerbangan Malaysia. 

01:50 pagi
Perdana Menteri Datuk Seri Najib dijangka akan mengadakan sidang media berhubung nahas MH17 di Hotel Sama-Sama, dalam tempoh sejam.

Terdahulu Presiden Ukraine Petro Poroshenko mengeluarkan kenyataan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, sanak saudara dan rakan gaulan mangsa nahas.

Beliau juga memaklumkan akan menubuhkan Suruhanjaya Negara bagi menyiasat tragedi dan berjanji akan mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

01:35 pagi
Pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh oleh militan pro-Russia di timur Ukraine, dakwa pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine.

Pegawai berkenaan menuduh ‘pengganas’ menggunakan peluru berpandu darat ke udara untuk menembak pesawat itu, kejadian yang menegangkan lagi kemelut antara Kiev dan Moscow.

01:30 pagi
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tiba dan memasuki Bangunan Pengurusan Penerbangan di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin memaklumkan Wisma Putra bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Rusia dan Ukraine bagi menyiasat nahas yang mengorban 295 nyawa.

01:20 pagi
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Balai Bunga Raya dan dijadual mengadakan sidang akhbar berhubung nahas MH17 pada jam 1.30 pagi.

01:10 pagi
Jurucakap rasmi MAS memaklumkan kepada The Rakyat Post peswat MH17 terbang pada ketinggian 35,000 kaki di ruang udara ketika ruang udara sedang sibuk.

“Tiada alasan pesawat berkenaan jatuh tanpa sebab, ia kelihatan seperti ditembak, melainkan berlaku letupan atau pelanggaran.

“Dengan pengawasan radar yang ketat, ia tidak boleh berlaku” katanya.

12.50 pagi:
Pegawai Kementerian Kecemasan Ukraine mengesahkan terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.

Sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.

12.40 pagi: 
Datuk Seri Najib Razak Tun Razak  terkejut di laman Twitter terhadap berita nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia.
Datuk Seri Najib dijangka tiba di KLIA sekitar jam 12.50 pagi.

12.30 pagi: 
Penerbangan MH 17 milik Malaysia Airlines yang dalam penerbangan daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur dilaporkan terhempas di ruang udara Ukraine.

Laporan awal Skynews melaporkan ketika kejadian ia membawa 295 penumpang dan anak kapal. Semua dipercayai terkorban.

Laporan mendakwa ia terhempas selepas terkena peluru berpandu darat ke udara.

Laporan lanjut menyusul.

Sumber : The Rakyat Post

Kongsi di Google Plus

About ΛΓΓОVЄРЄΛСЄ™

Tiada Kepayah Selagi Kita Mahu Berusaha ...
Dapatkan HABBASYI OIL - Kapsul Habbatussauda + Madu

- Hubungi 019 215 7175 (Syahrul)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment