Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

MH17 Terhempas Selepas Ditembak di Sempadan Ukraine !






Sebuah pesawat Boeing 777 penerbangan MH17 milik MAS Airlines telah ditembak jatuh oleh angkatan bersenjata yang mengawal sempadan Ukraine hari ini.

Pesawat ini dipercayai telah terbang pada ketinggian 10km (6.2 batu) dalam perjalanan daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur telah terhempas setelah ia ditembak jatuh, sumber berita Russia Interfax melaporkan. Pesawat meninggalkan Amsterdam Airport Schiphol pada jam 12.14 pagi waktu Netherlands dan dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Kuala Lumpur. Pesawat tersebut membawa seramai 295 penumpang termasuk 15 anak kapal.

Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Ukraine, pesawat tersebut telah ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu. Manakala, jurucakap Malaysia Airlines telah mengesahkan ia terputus hubungan dengan penerbangan MH17 tersebut selepas ia berlepas dari Amsterdam pada jam 12.14 pagi waktu tempatan (Amsterdam).

Penerbangan MH17 hilang daripada radar ketika ia melintasi ruang udara Ukraine, katanya.

Sky Katie Stallard, di Moscow, dalam satu laporan media telah mencadangkan agar pesawat turun di rantau Donetsk, di mana terdapat pertempuran berat baru-baru ini ditengah-tengah ketegangan berterusan antara Russia dan Ukraine.

Beberapa video telah berjaya dirakamkan disaat pesawat tersebut terhempas....



Menurut satu sumber, pesawat tersebut telah ditembak menggunakan "The Buk Missile" yang mana pelancar tersebut pernah dilaporkan dilihat oleh Associated Press di sebuah wilayah bernama Snizhne.

Wilayah tersebut telah dilaporkan terjadinya beberapa perang di sana pada beberapa hari terakhir ini antara askar Russia dan pejuang pemisah Ukraine.

Semalam, sebuah pesawat milik Ukraine telah ditembak daripada "air-to-air" missile oleh sebuah pesawat Sukhoi milik Russia.

Ketegangan di sempadan Russia dan Ukraine semakin meruncing.

Sumber ini telah disahkan secara rasmi, dan lebih banyak informasi akan cuba kami bawakan kepada anda dari masa ke semasa....

Sumber : Drama Raja (Brado Kapak)
Kongsi di Google Plus

About ΛΓΓОVЄРЄΛСЄ™

Tiada Kepayah Selagi Kita Mahu Berusaha ...
Dapatkan HABBASYI OIL - Kapsul Habbatussauda + Madu

- Hubungi 019 215 7175 (Syahrul)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment