Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Pemakaian Cincin menurut As-Sunnah

Khilaf (perselisihan) pandangan ulama kedudukan jari yang memakai cincin berdasarkan kepada hadith-hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam  dan tidak diketahui pula menyerupai kaum Nabi tertentu. Disebabkan khilaf, maka kedudukan tangan kiri atau kanan memakainya tidaklah menjadi masalah.
Berikut kami petik fatwa yang ambil dari Ensiklopedia Fiqh Kuwait :-
Fatwa cara memakai cincin dari Ensaiklopedia Fiqh Kuwait:

Tempat cincin : Ulama' tidak berselisih faham mengenai memakai cincin kepada perempuan; kerana mereka dari segi aspek ini hak perhiasannya, kepadanya (wanita) mereka boleh meletakkan dijari tangan atau atau dijari kaki , dimana mereka mahukan. Tetapi ulama' berselisih faham tempat letaknya cincin kaum lelaki, ada beberapa sarjana mazhab tidak mendapat persetujuan mengenainya : beberapa pengikut Hanafi mengatakan bahawa kaum lelaki harus memakai cincin di jari yg kecil ditangan kiri, bukan jari yg lain, dan bukan tangan kanan. Ada juga beberapa orang dikalangan mereka membenarkan memakai cincin di jari tangan kanan dan ada juga sarjana (ulama') menerima kedua-dua tangan kanan dan kiri; kerana terdapat riwayat yg berbeza mengenai hadis Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan berkata beberapa mereka itu : Sesungguhnya di tangan kanan dari kalangan manusia tidaklah menandakan apa-apa; kerana pentafsiran kanan dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam membatalkannya.
Imam Malik rahimahullah memilih memakai cincin disebelah kiri, menjadikan pemakaian cincin di jari kecil, berkata Abu Bakar Bin Al-Arabi didalam syarah Muwatta' : Sah dari : {Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam memakai cincin pada sebelah kanannya dan sebelah kirinya dan lebih banyak memakai cincin di sebelah kirinya}. Memakai cincin disebelah kanan adalah makruh, memakai cincin adalah di jari yg kecil; kerana sesungguhnya ia merupakan sunnah dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan menirunya adalah baik. Sesungguhnya umum memuji pemakaian disebelah kiri. Berkata Imam Shafiee : Kepada lelaki, pemakaian cincin 'silver' di jari kecil sebelah kanan adalah dibenarkan, dan jika ia mahu dijari kecil sebelah kiri, kedua-duanya adalah sah dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam  tetapi yg masyhur adalah sebelah kanan yg afdal kerana ia sebagai perhiasan, dan kanan adalah mulia.
Berkata sebahagian : kiri adalah lebih afdal. Dari Sunan Abi Daud yg berisnad sahih, bahawa Ibn Umar r.a. bahawa memakai cincin disebelah kirinya, dan dari isnad Hassan dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu bahawa memakai cincin di sebelah kanannya. Dari Syafiee mengatakan bahawa memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang berikutan dari hadis yg didatang dari Ali radhiallahu 'anhu {Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melarang memakai cincin di jari ini atau ini, katanya dengan menunjuk kearah jari tengah dan yg berikutnya}.
Dalam Mazhab Hanbali : Memakai cincin di kiri jari kecil adalah lebih baik memakai di sebelah jari kecil disebelah kanan, pandangan yg sahih dari bapa Ahmad bin Hanbal, riwayat yg lemah memakai cincin di sebelah kanan., Berkata Daar Al-Qatni yg menerimanya : Mengingatkan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam memakai cincin di sebelah kiri, dan sesungguhnya di jari kecil; dan kerana ini tidak akan memburukkan tangan yg memakainya. Bahawa Hanbali benci (makruh) memakai cincin di jari tengah dan telunjuk dan melarang memakai dijari tangan. Pada zahirnya ia tidak melarang memakai di ibu jari dan jari manis, dan jika ia jari kecil (anak jari) maka adalah lebih baik kerana menurut nas.
iqTamat lah maklumat ensaiklopedia fqh, dan sesungguhnya disebabkan beberapa kekeliruan maka adalah dibenarkan memakai disebelah kiri atau kanan, dan ini memudahkan umat, dan tidak ditegah meletakkan cincin di tangan kiri bagi menunjukkan tanda sudah berkahwin.
Dalil-Dalil Berkaitan Pemakain Cincin Di Jari

Untuk pengetahuan, hadis yang dikatakan itu seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:


حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ عَنْ عَاصِمِ بْنِ كُلَيْبٍ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ قَالَ قَالَ عَلِيٌّ نَهَانِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَتَخَتَّمَ فِي إِصْبَعِي هَذِهِ أَوْ هَذِهِ قَالَ فَأَوْمَأَ إِلَى 
الْوُسْطَى وَالَّتِي تَلِيهَا


“Yahya bin Yahya telah meriwayatkan kepada kami bahawa Abu al-Ahwas meriwayatkan daripada ‘Aasim bin Kulaib daripada Abu Burdah yang berkata: Ali telah berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah melarang aku daripada memakai cincin pada jariku ini atau ini. Dia mengisyaratkan kepada jari tengah dan yang sebelahnya.”



عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ عَلِيٍّ قَالَ نَهَانِي يَعْنِي النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَجْعَلَ خَاتَمِي فِي هَذِهِ أَوْ الَّتِي تَلِيهَا لَمْ يَدْرِ عَاصِمٌ فِي أَيِّ الثِّنْتَيْنِ


Dari Abu Burdah dari 'Ali ia berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melarangku memakai cincinku di tempat ini atau sebelahnya lagi.-'Ashim tidak mengerti secara pasti tentang kedua jari tersebut.-
Setelah mengkaji semua riwayat-riwayat hadis ini, ahli hadith  mendapati bahawa perkataan “atau” di atas adalah keraguan daripada salah seorang periwayat, iaitu ‘Aasim bin Kulaib. Dan yang dimaksudkan adalah jari tengah dan jari telunjuk. Beliau juga menegaskan selagi kita tidak mengetahui jari yang mana satu yang diisyaratkan oleh Ali, maka sebagai langkah berjaga-jaga, janganlah dipakai cincin pada kedua-duanya. [Silsilah al-Ahadith ad-Daifah (11/859).]
Saya terjemah di sini kata-kata Imam Nawawi, seorang tokoh mazhab Shafi’e dalam kitab penerangannya ke atas kitab hadis Sahih Muslim, katanya: “Umat Islam bersepakat bahawa Sunnah (nabi) adalah orang lelaki memakai cincinnya di jari kelingking, manakala perempuan boleh memakai cincin di semua jari-jemarinya.”
Katanya lagi: “Makruh bagi lelaki memakai cincin pada jari tengah dan sebelahnya (telunjuk) menurut hadith ini, dan ianya makruh tanzihi. Manakala tentang memakai cincin samada di tangan kanan atau tangan kiri maka ada dua hadis mengenai ini (masing-masing menyokong samada tangan kanan atau tangan kiri) dan dua-duanya sahih…. Manakala hukum mengenai persoalan ini di kalangan fuqaha, mereka sepakat tentang harusnya bercincin di tangan kanan dan harus di tangan kiri, tidak makruh pada mana-mana antara keduanya, namun mereka selisih pendapat tentang yang mana lebih afdal? Golongan salaf pula, ramai yang bercincin di tangan kanan dan ramai juga di tangan kiri. Imam Malik menyukai tangan kiri dan tidak sukakan (bercincin) di tangan kanan. Di dalam mazhab kita ada dua pendapat di kalangan sahabat-sahabat kami: Yang sahihnya tangan kanan lebih afdal kerana ianya suatu perhiasan, dan tangan kanan lebih mulia dan lebih berhak untuk diperhiaskan dan dimuliakan.”
[Syarah Sahih Muslim, bab larangan memakai cincin pada jari tengah dan sebelahnya]

Tentang hikmah larangan kerana ianya meniru cara berhias kaum Lut, tiada pula mana-mana ulama yang menjelaskan sedemikian. Namun, seperti sabda nabi: “Yang mendakwa perlu ada bukti..” Dan saya teliti kitab-kitab ulama pun tiada yang menyebut hadis ini. 
Kongsi di Google Plus

About ΛΓΓОVЄРЄΛСЄ™

Tiada Kepayah Selagi Kita Mahu Berusaha ...
Dapatkan HABBASYI OIL - Kapsul Habbatussauda + Madu

- Hubungi 019 215 7175 (Syahrul)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment