Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Bolehkan Wanita Memakai Cincin Di Jari Tengah ?

 
 
Wanita boleh mengenakan cincin pada mana-mana jari tangannya, ia termasuk dalam perhiasan yang dibenarkan di dalam syara’.

Cumanya terdapat pendetailan bagi kaum lelaki, di bawah ini dijelaskan secara ringkas:

1.    Dibenarkan orang lelaki memakai cincin di jari tangan kanan dan kiri berdasarkan himpunan hadis-hadis dalam bab ini. al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata:
واختلفت الأحاديث هل كان في يمناه أو يُسراه، وكلها صحيحة السند
Maksudnya: “hadis-hadis yang ada berbeza-beza dalam menyatakan apakah baginda memakai cincin di tangan kanan atau kiri, dan semua hadis-hadis tersebut sahih sanadnya.” (Zaad al-Ma’aad 1/139)
Kata al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin RH: “Dan yang benarnya ialah Sunnah memakai cincin di tangan kanan mahupun tangan kiri.” (al-Syarh al-Mumti’: 6/110)
2.    Sunat memakai cincin di jari kelingking (الخنصر) bagi lelaki seperti yang terdapat di dalam sunnah. Anas bin  Malik RA berkata:
صَنَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَاتَمًا ، قَالَ : إِنَّا اتَّخَذْنَا خَاتَمًا وَنَقَشْنَا فِيهِ نَقْشًا ، فَلَا يَنْقُشَنَّ عَلَيْهِ أَحَدٌ . قَالَ : فَإِنِّي لَأَرَى بَرِيقَهُ فِي خِنْصَرِهِ
 Maksudnya: “Nabi SAW membuat cincin dan berkata: Sesungguhnya kami membuat cincin dan kami adakan ukiran (nama baginda) padanya, maka jangan seseorang membuat ukiran yang sama.” Kata Anas: “Daku melihat kilauan cincin itu di jari kelingking baginda.” (HR al-Bukhari, beliau juga menjadikan bab hadis ini sebagai: Bab Cincin di jari kelingking)
3.    Terdapat larangan bagi kaum lelaki memakai cincin di jari tengan dan jari telunjuk berdasarkan hadis daripada ‘Ali bin Abi Tolib RA yang berkata:
نهاني رسول الله صلى الله عليه وسلم أن أتختم في أصبعي هذه أو هذه قال : فأومأ إلى الوسطى والتي تليها
Maksudnya: “Rasulullah SAW melarangku dari memakai cincin di dua jari ini dan ini.” Seraya beliau mengisyaratkan pada jari tengan dan jari sebelahnya (jari telunjuk). (HR Muslim)
Al-Imam al-Nawawi berkata di dalam Syarh Sahih Muslim (14/71):
وَيُكْرَه لِلرَّجُلِ جَعْله فِي الْوُسْطَى وَاَلَّتِي تَلِيهَا لِهَذَا الْحَدِيث , وَهِيَ كَرَاهَة تَنْزِيه
 “Dimakruhkan bagi lelaki menjadikan cincinnya di jari tengan dan telunjuk berdasarkan hadis ini, dia ianya adalah makruh Tanzih.”


P/S :Walau bagaimanapun .. lebih wajar memakai pada jari manis dan lebih utama di jari kelingking.
Kongsi di Google Plus

About ΛΓΓОVЄРЄΛСЄ™

Tiada Kepayah Selagi Kita Mahu Berusaha ...
Dapatkan HABBASYI OIL - Kapsul Habbatussauda + Madu

- Hubungi 019 215 7175 (Syahrul)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment