Televisyen HD kini sudah semakin biasa
kita lihat di setiap rumah. TV CRT pula semakin lama semakin pupus.
Samsung dan beberapa pengeluar televisyen dunia kini mahu anda memiliki
televisyen beresolusi 4K Ultra HD pula. TV UHD sudah mula terjual awal
tahun ini dan di Malaysia Sony menjual televisyen 4K mereka dalam jumlah
yang terhad. Tetapi jika anda mahu memiliki televisyen terbesar dunia
anda perlu mengumpul duit bagi memiliki Samsung UN110S9. Televisyen
dengan skrin sebesar 110 inci (2.6 x 1.8 meter) ini mula dijual di
China, Korea Selatan, Timur Tengah dan beberapa negara di Eropah semalam
pada harga USD 150 ribu (RM 493 ribu) sebuah. Ia dilengkapi pemproses
empat teras, kamera hadapan, sistem kawalan suara, kemampuan 3D, sistem
kawalan gerakan tangan dan juga Samsung Hub. Gila!

0 comments:
Post a Comment