GAYO LUES (Aceh): Seorang lelaki yang
tidak sampai 24 jam bernikah tidak sempat menikmati malam pertama
apabila dia ditangkap kerana membunuh seorang tetamu majlis
perkahwinannya.
Baharudin menikam tetamu terbabit, Alim, menyebabkan mangsa mati selepas
mereka bergaduh kerana mancis dalam kejadian di Kampung Pining Benteng.
Jurucakap polis tempatan Inspektor Asrijul, Baharudin sebelum ini
pernah mengalami sakit jiwa.
“Dia pernah gila. Pernah dikurung dan menjalani rawatan di hospital
Banda Aceh. Selepas dipercayai pulih, dia dinikahkan oleh ibu bapanya,”
kata Asrijul.
Kejadian berlaku ketika sekumpulan remaja berkumpul di rumah ibu bapa Baharudin, termasuk Alim.
“Baharudin mendekati Alim dan bertanyakan mancis. Alim menjawab tidak
tahu. Suspek merasakan dirinya dipermainkan lalu mengambil pisau dan
menikam rakan sekampungnya itu,” kata Asrijul.
Menurutnya, Alim mati dalam perjalanan ke hospital sementara Baharudin
ditahan sebelum dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan mental.

0 comments:
Post a Comment