HERAT (AFHANISTAN): Seorang wanita di
Afghanistan terpaksa menanggung derita selepas hidung dan bibirnya
dikerat oleh suaminya yang juga seorang penagih dadah. Setara, 30, ibu
kepada empat anak itu dilaporkan dipukul sebelum suaminya memotong
hidung dan bibirnya. Beliau juga dibelasah dengan teruk sebelum dikerat
hidung dan bibir.
"Dia bertindak ganas kerana saya enggan beri barang kemas untuk digadai
bagi membeli dadah. Dia rampas telefon dan cincin saya sebelum melarikan
diri," katanya pada laporan Daily Mail.
Ibu mangsa, Nasima berkata, dia mahu pihak berkuasa menahan menantunya
itu dan merejam hingga mati bagi memberi pengajaran kepada orang lain.
0 comments:
Post a Comment