Suka mengenai penghijrahan Mizz Nina ialah
ketiadaan publisiti, cerita atau kisah tentang perkara tersebut.
Daripada seorang penyanyi yang ligat menari di atas pentas, tup-tup dah
pakai tudung. Tak ada kecoh sana sini. Senyap je. Dan Mizz Nina hanya
tampil bercerita mengenai penghijrahannya selepas beberapa bulan
melakukan perubahan tersebut.
Menerusi Pancaindera semalam, tertarik dengan kata-kata Mizz Nina yang
sudah melepaskan sepenuhnya dirinya yang dulu. Tiada lagi Mizz Nina yang
menari, menyanyi dan beraksi di atas pentas. Kata Mizz Nina:-
Tidak. Saya tak rindukan dia (Mizz Nina yang dulu). Saya dah lepaskan
segalanya. Semuanya mengenai Mizz Nina dahulu tak lebih daripada sekadar
stu pesona bintang di atas pentas hiburan.
Saya sudah rasai semua itu jadi tak ada apa lagi yang saya mahu
kejarkan. Namun ya, kadangkal saya rindu untuk menari. Dah bertudung tak
beerti saya tak boleh menari bukan? Saya boleh menari semasa menghadiri
kelas senaman atau di rumah, betul tak?

Sikap positif sebegini seharusnya ada dalam setiap wanita Islam yang
bertudung. Mengikut tuntutan Islam bukan bermakna semua perkara tidak
boleh dilakukan. Ada caranya untuk meneruskan minat anda. kata-kata Mizz
Nina yang diluahkan semalam.
Tiada sesiapa yang paksa, saya sendiri yang memikirkan hal itu. Apa
nasib saya selepas mati nanti? Cukupkan amalan saya untuk dibawa ke
akhirat? Lengkapkah saya sebagai seorang isteri dan Muslimat saat masih
hidup ini?
Saya buat semua ini dengan hati yang terbuka. Setiap hari saya tanam
azam mahu menjadi lebih baik dari semalam. Ini bukan soal hijab sahaja.
Janganlah cuma memandang luaran. Saya buat semua ini kerana Allah SWT
sebab saya seorang muslim.
Kalau boleh saya tak mahu orang bertanya hal hijab ini lagi. Cukuplah
dengan penjelasan ini. Usaha saya untuk beribadah dan berubah untuk
kebaikan.
Kalau ada yang terinspirasi dengan perubahan saya ini, Alhamdulillah.
Baguslah apa salahnya kita berubah bersama-sama. Itu lebih baik.

0 comments:
Post a Comment