Pantai paling terkenal di Australia ialah
Pantai Bondi. Tetapi tahukah anda pantai terbaik di Australia sebenarnya
terletak di Pulau Whitsunday Queensland? Pantai Whitehaven ialah pantai
sepanjang 7 kilometerdengan pasir yang putih. Ini adalah kerana
kandungan silicanya yang tinggi. Pantai ini ditemui pengembara barat
pada tahun 1879 dan sejak dari hari itu ia menjadi tumpuan pelawat.
Untuk ke pantai ini anda perlu menaiki bot ataupun kapal terbang. Bagi
menjaga kebersihan pantai pengunjung diharamkan menghisap rokok atau
membawa anjing. Pada tahun ini Whitehaven sekali lagi dinobatkan sebagai
pantai terbaik Australia dan ke-3 terbaik di dunia. Rasa macam nak
pergi. Pantai putih dan air turquoise nampak sangat heavenly!



0 comments:
Post a Comment