Rasanya semua orang tahu yang Izreen
Azminda satu ketika dahulu pernah bercinta dengan Johan As’ari. Kalau
anda tak tahu, satu ketika dahulu, Johan pernah mengajak Izreen bertunang.
Namun seperti yang anda boleh agak, hubungan mereka putus di tengah
jalan. Kini Izreen bahagia di samping suami dan anak tercinta.
Tampil menerusi Mstar Online hari ini, Izreen menasihatkan Johan agar berhenti mempermainkan hati wanita. Kata Izreen:-
Kalau rasa diri dia (Johan) masih belum bersedia untuk bercinta jangan
bercinta dahulu, sepatutnya beri masa dalam sesebuah hubungan sebelum
melafazkan cinta. Nasihat saya supaya dia jangan mainkan perasaan wanita
dan berfikir panjang dengan tindakan yang akan dilakukannya.
Saya terkejut dengan berita tentang mereka, kerana pada awalnya saya
sangkakan kali ini dia benar-benar serius. Saya harap dia dapat ambil
pengajaran dengan kontroversi ini, ia melibatkan ramai pihak dan maruah
keluarga masing-masing

0 comments:
Post a Comment