PENGADIL dari Itali, Nicola Rizzoli dipilih bagi mengadili perlawanan
akhir Piala Dunia antara Jerman dan Argentina, awal pagi esok.
Pemilihan Rizzoli bagaimanapun mencetuskan tanda tanya kerana ramai menjangkakan pengadil dari Asia ataupun Afrika dipilih, memandangkan aksi final melibatkan pertemuan antara pasukan dari benua Eropah dan Amerika Selatan.
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Fifa, Jim Boyce berkata: “Kami memilih pengadil terbaik bagi perlawanan ini dan Rizzoli adalah pengadil bagi perlawanan akhir itu.”
Untuk rekod, ini adalah kali ketiga Rizzoli mengadili perlawanan melibatkan pasukan Argentina sepanjang Piala Dunia 2014 berlangsung.
Pada aksi suku akhir, Rizzoli didakwa memihak kepada Argentina ketika perlawanan menentang Belgium.
Jurulatih Belgium, Marc Wilmots mendakwa Rizzoli sering memberikan Argentina sepakan percuma setiap kali Lionel Messi diasak pemainnya.
Kata Wilmots: "Saya perasan, Messi lakukan tiga kesalahan dan tiada kad kuning. Bila kami melakukan satu kesalahan kecil, kami terus terima satu kad kuning."

0 comments:
Post a Comment