Mengantuk ketika memandu sering dialami oleh mereka yang memandu
secara berseorangan lebih-lebih lagi yang memandu ke tempat yang jauh
dan jika anda terlelap walaupun seketika ia boleh mengundang kepada
kemalangan bukan sahaja kepada pemandu bahkan kepada orang disekeliling
anda.
Saya pasti mesti ramai yang gemar memandu pada waktu malam kerana
tidak banyak kereta di atas jalan dan sejuk jika nak dibandingkan pada
waktu siang. Saya juga antara pemandu yang suka memandu pada waktu malam
jika nak berjalan jauh atau pulang ke kampung lebih-lebih lagi ketika
musim perayaan untuk mengelak tersangkut dari kesesakan jalan raya. Jadi
bagaimana saya nak hilangkan mengantuk ketika memandu ni?
Disini saya ada berikan 5 tips yang boleh anda gunakan untuk hilangkan mengantuk ketika mengantuk. Semoga ia membantu.
#1 Makan Makanan Ringan
Jika anda memandu untuk ke lokasi yang jauh sila pastikan anda
membeli sedikit makanan ringan untuk dikunyah seperti gula-gula, gula
getah, keropok ikan ataupun sebagainya bagi memastikan anda tidak bosan
memandu. Bosan memandu boleh menyebabkan anda mengantuk. Jadi dengan
pergerakan pada mulut anda, sedikit sebanyak boleh mengurangkan
kebosanan memandu lagi-lagi jika memandu berseorangan.
#2 Minum minuman isotonik/berkafein
Minuman isotonik dapat mencergaskan badan dan mengelak rasa lesu
ketika memandu. Manakala minuman berkafein pula dapat membuatkan kita
berasa segar. Jadi pilih minuman yang sesuai untuk anda. Jangan pula
terlalu banyak minum minuman ini kerana ianya banyak gula. Jika saya,
saya lebih sesuai mengambil 100plus dan air tin mocha sahaja.
#3 Mendengar muzik
Ketika memandu, jangan pasang lagu mendayu-dayu kerana ia akan
menyebabkan anda mengantuk dan terlelap. Seeloknya pasang lagu yang
sedikit rancak dan ikut nyanyian lagu tersebut untuk mengelakan anda
mengantuk. Tinggikan volume lagu tersebut jika perlu ataupun anda boleh
pasang zikir munajat ataupun lagu nasyid dan ikut berzikir dan bernanyi
bersama. Ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa mengantuk anda.
#4 Air Mineral
Ni tips yang sering saya gunakan jika memandu ke tempat yang jauh.
saya akan beli sebotol air mineral besar dan sila pastikan ianya sejuk.
Air mineral ini saya gunakan untuk 2 kegunaan. Satu untuk diminum dan
satu lagi untuk membasuh muka saya. Air mineral sejuk yang dibasuhkan
pada muka boleh membantu menghilangkan rasa mengantuk dalam sekitar
setengah jam atau pun satu jam. Ia lebih baik daripada anda minum air
yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti redbull dan
sebagainya.
#5 Tidur Sebentar
Jika anda tidak dapat menahan rasa mengantuk yang teramat sangat,
berhenti seketika di kawasan RnR atau hentian sebelah untuk tidur
sebentar. Jangan paksa diri anda untuk memandu dalam keadaan mengantuk.
Buruk padahnya nanti. Ambil masa setakat 1 jam untuk tidur bagi
merehatkan mata anda dan setelah 1 jam teruskan perjalanan anda. Jangan
tidur berlebihan pula.
Tiada Kepayah Selagi Kita Mahu Berusaha ...
Dapatkan HABBASYI OIL - Kapsul Habbatussauda + Madu
- Hubungi 019 215 7175 (Syahrul)
0 comments:
Post a Comment