Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Review : Zenfone 5

ASUS Zenfone 5 dilancarkan pada Januari lalu di acara CES 2014 bersama-sama Zenfone 4 dan Zenfone 6. Berada ditengah-tengah antara 3 beradik ini, Zenfone 5 menjanjikan pengalaman smartphone yang premium pada harga mampu milik.
Hari ini terdapat 3 varian berbeza bagi Zenfone 5 yang diklasifikasikan sebagai low, medium dan high. Pada awalnya Asus Malaysia membawa membawa varian low dan terbaru Asus membawakan varian medium ke pasaran tempatan pada harga disyorkan RM599 seunit. Varian high setakat ini belum dibawa masuk secara rasmi namun set AP boleh didapati di pengimport tidak rasmi seperti DirectD dan 1 Gadget.
Yang ada di tangan kami hari ini adalah set original Asus Malaysia dari varian medium yang dilengkapkan dengan processor 1.6 GHz Intel Atom Z2560 dan RAM 2GB. Set berwarna putih ini didatangkan dengan kotak juga berwarna putih. Ia, warna kotak Zenfone adalah berdasarkan warna cover belakang Zenfone didalamnya.
Zenfone 5 didatangkan bersama-sama charger 3-pin 1.35A berserta kabel USB, earphone bersama-sama earbud tambahan, dan juga kad waranti.

Rekaan dan binaan

Pertama kali memegang Zenfone 5 pastinya tidak menyangka ia adalah model berharga dibawah RM600. Binaannya kukuh dan rekaannya menarik. Bahagian depan Zenfone 5 didominasi oleh skrin IPS 720p bersaiz 5 inci. Di bahagian bawah panel depan ini dihiasi dengan plat aluminium bercorak circular yang identik Asus.

Namun bezel yang agak tebal membuatkan Zenfone 5 bersaiz lebih besar berbanding smartphone lain yang juga hadir dengan skrin 5 inci. Luas permukaannya 4% lebih besar berbanding HTC One (M8) dan 13% berbanding Samsung Galaxy S4 dimana ketiga-tiga model ini mempunyai skrin bersaiz 5 inci.
Dibawah skrin terdapat 3 button navigasi iaitu back, home dan recent. Yang tidak menariknya ketiga-tiga button ini tidak bercahaya bermakna ia tidak akan kelihatan ketika anda menggunakannya didalam gelam. Jadi sebagai pemilik, pastikan anda menghafal kedudukan ketiga-tiga button ini sebelum menggunakannya didalam gelap. Sama kes seperti Huawei Honor 3C dan Xiaomi Redmi 1S yang juga berada pada segmen harga yang sama.

Lagi perkara yang kurang menarik adalah LED notifikasi pada bahagian depan skrin bersebelahan dengan kamera 2MP. LED 3 warna ini (oren, hijau kekuningan dan merah) berada agak kedalam tanpa lightpipe untuk membawa cahaya ini ke permukaan. Hasilnya anda hanya dapat melihat notifikasi LED ini dengan terang hanya jika dari sudut yang tepat. Jika dilihat dari tepi, cahayanya hampir tidak kelihatan.
Di bahagian belakang pula, Zenfone 5 dilengkapkan dengan cover plastik cembung bertekstur lembut yang sedap digenggam. Cover belakang ini boleh dibuka untuk mendapat akses kepada 2 slot micro SIM dan juga micro SD. Akses kepada bateri 2,110 mAh tidak diberikan kepada pengguna, jadi bateri tambahan bukanlah satu pilihan bagi Zenfone 5.



Skrin

Asus menempatkan skrin 5 inci IPS 1280 x 720 pada Zenfone 5. Kepadatan pixel 293 ppi hanya sedikit kurang berbanding retina display yang dipopularkan oleh Apple. Detail gambar dan tulisan yang dipaparkan boleh dikatakan hebat bagi smartphone dalam kelasnya.
Ia cukup terang dan memaparkan warna yang nyata. Penggunaan dibawah cahaya matahari juga tidak menjadi masalah. Juga skrin pada Zenfone 5 dikuatkan oleh Corning Gorilla Glass 3.
Terdapat Reading Mode untuk membuatkan warna pada paparan menjadi sedikit kekuningan dan menurut Asus, pengguna akan dapat releks kan mata ketika membaca pada website atau e-book dengan mode ini. Juga Glove Mode boleh dihidupkan untuk menambah sensetiviti touchscreen dan sesuai untuk digunakan ketika menggunakan sarung tangan.
Pengguna yang ingin mengubah reproduksi warna pada skrin, Asus menyediakan Splendid. App yang membolehkan pengguna mengubah color temperature, hue dan juga saturation. Juga terdapat Vivid Mode untuk menambah contrast dan menjadikan warna labih terang namun juga menghasilkan imej foto yang kurang realistik.
Keseluruhannya ia adalah skrin yang cukup ok. Tiada kekurangan yang dapat kami jumpa setelah seminggu menggunakan Zenfone ini.

Android 4.3 - ZenUI


Zenfone menggunakan Android 4.3 Jelly Bean dengan UI terbaru Asus digelar ZenUI. Asus menjanjikan update ke 4.4 Kitkat tetapi setakat ini masih belum mengumumkan tarikh kemunculannya.

Asus melakukan pelbagai perubahan menarik pada Android melalui ZenUI. Icon flat kelihatan kemas. ZenUI membolehkan pengguna menambah tint warna pada wallpaper yang dipilih. Aplikasi seperti Gallery dan Music juga telah diubah pada ZenUI mengikut tema mereka. Interface timeline pada Gallery kelihatan agak menarik tambahan pula ia boleh memaparkan media di cloud storage termasuk Google Drive dan Asus Webstorage.

Menurunkan notification tray dari sebelah kanan skrin akan membuka shortcut kepada beberapa toggle seperti wifi, bluetooth, GPS, data, brightness dan lain-lain. Button-button toggle ini boleh diubah mengikut kehendak pengguna melalui button edit di atas sebelah kanan.
Asus juga menyertakan beberapa apps yang dibangunkan oleh mereka pada Zenfone. What's Next, Do It Later, Super Note, Zen Link (Share Link, Party Link, PC Link, dan Remote Link apps), Omlet Chat, serta Asus WebStorage iaitu cloud storage Asus dan setiap pengguna Zenfone diberikan ruang storan 5GB percuma seumur hidup.
Selain itu, apps Google juga disertakan bersama. Ia termasuk Play Store, Google Drive, Gmail, Hangouts, Google+, Google Photos, Google Play Music dan Youtube. Amazon Kindle dan Candy Crush juga disertakan bersama.

Ketika sedang bercakap di telefon, pengguna juga boleh merakam perbualan tersebut dengan menekan button Rec pada skrin.
Keseluruhannya, kami berpuas hati dengan ZenUI. Perubahan yang dilakukan pada Android tidak terlalu berat malah menjadikannya lebih kamas dan ceria.

Kamera

Kamera utama di belakang dilengkapkan dengan kamera berteknologi Pixelmaster milik Asus dengan sensor BSI Sony, 5 elemen lens, largan optics dan juga aperture f/2.0.

Gambar yang diambil cukup menarik, warna dan detail yang sangat ok. Fokus dilakukan cukup cepat namun shutter agak lambat. Mengambil gambar kanak-kanak mungkin sedikit sukar memandangkan golongan ini susah duduk diam untuk berposing sekaligus menjadikan gambar kabur pada pergerakan. Masalah ini sebenarnya biasa pada cameraphone dalam kategori ini.


App kamera Asus menyediakan beberapa 18 Mode iaitu Auto, HDR, Panorama, Night, Low-light, Selfie (mengesan semua muka berada didalam frame dan mengambil gambar secara automatik), Miniature, Depth of Field (background blur), Smart Remove (membuang objek yang tidak dikehendaki), All Smiles, Beautification, Time Rewind, and GIF animation. Video juga tidak ketinggalan, terdapa 4 Mode iaitu Auto, Low light, Miniature dan Time lapse.

Antara kesemua mode ini, yang paling menarik perhatian adalah mode Low light. Zenfone 5 dapat mengambil gambar yang menarik ditempat cerah seperti cameraphone yang lain tetapi dalam keadaan gelap, Zenfone 5 berjaya mengalahkan yang lain. Mode Low light pada Pixelmaster ini menggabungkan gambar pada 4 frame untuk menjadikannya 400% lebih terang, tetapi juga mengurangkan detail kepada 2 megapixel.

Aplikasi kamera dapat diakses terus dari lock screen ataupun dengan menekan butang volume 2 kali ketika dalam keadaan standby. Shortcut button ini perlu diaktifkan terlebih dahulu di setting lock screen.

Performance - Intel Atom

Kami sebenarnya tidak pasti untuk meletakkan SoC Intel Atom ini sebagai pro atau con bagi Zenfone 5. Tidak dinafikan ia adalah processor yang cukup berkuasa. Ianya dual core dengan teknologi Hyper Threading Intel menjadikannya seperti quad core. Kuasa pemprosesannya mampu mengalahkan SoC quad core keluaran Mediatek yang digunakan pada Huawei Honor 3C.
Intel Atom berbeza dengan SoC yang lain. Hampir kesemua SoC smartphone lain termasuk Snapdragon, MTK, Tegra, Exynos dan lain-lain menggunakan architecture ARM tetapi Intel memilih architecture x86 pada Atom.
x86 telah menjadi architecture utama pada PC dan laptop sejak dari tahun 80-an dan sehingga hari ini. Intel Atom Z2560 dengan kata lain menggunakan architecture sama tetapi dioptimasikan dengan penggunaan tenaga yang rendah. Kuasanya terbukti melalui beberapa benchmark yang kami jalankan.
Zenfone 5 berjaya mengalahkan pencabar terdekatnya Huawei Honor 3C yang juga hadir dengan harga yang hampir sama. Intel Atom dilihat lebih menyerlah dalam benchmark 3DMark Ice Storm, bermakna pemprosesan imej 3D yang jauh lebih hebat.
Namun masalah utama pada Intel Atom x86 adalah compatibility. Memandangkan ARM adalah architecture utama bagi smartphone, kesemua applikasi yang ada di Google Play telah dioptiamsikan untuk 100% compatible dengan ARM, tetapi tidak semua berfungsi dengan baik pada x86. Intel terpaksa memasang binary translator pada Atom untuk menterjemah coding app yang ditulis untuk ARM kepada instruction set x86. Menurut Intel, penterjemah ini menggunakan tenaga yang sangat minimal dan pengguna tidak akan merasakan apa-apa kekurangan dari segi performance.
Hari pertama kami menggunakan Zenfone 5, app yang sangat popular iaitu Facebook tidak  boleh digunakan. Mujur setelah update firmware yang disediakan oleh Asus, Facebook kini berfungsi dengan baik. Selain itu, kami tidak menemukan apa-apa masalah lagi untuk kesemua apps yang dimuat-turun. Boleh disimpulkan masalah compatibility ini tidaklah begitu serius, ia mungkin melibatkan beberapa app tertentu sahaja.
Dari segi storage, hanya 5GB dibuka kepada pengguna untuk memasang media dan applikasi. Bagi menyelamatkan keadaan, Asus menyediakan slot micro SD card pada Zenfone 5. Kebanyakan applikasi boleh dipindahkan ke micro SD dengan begitu mudah.
Bersama-sama RAM 2GB, melusuri setiap page pada homescreen dan menjalankan app pada Zenfone 5 terasa sangat lancar. Tiada lag dijumpai walaupun ketika bertukar dari satu app ke app yang lain.

Bateri

Kapasiti bateri 2,110 mAh dengan processor Intel Atom mungkin kedengaran kurang menarik. Tetapi Asus telah melakukan kerja yang baik. Kami boleh simpulkan bahawa ketahanan bateri bagi Zenfone 5 sebagai "not bad". 
Membawa Zenfone 5 ke pejabat dengan penggunaan biasa (Whatsapp, panggilan, foto, browsing), Zenfone 5 mampu bertahan sehingga dibawa pulang. Ia mampu bertahan selama 10 jam lebih sebelum meminta untuk dicas semula. Namun jika penggunaan yang agak kerap pada hari seterusnya, ia hanya mampu bertahan selama 7 jam lebih.
Pengecasan semula menggunakan charger 1.35A asal mengambil masa selama 2 jam 30 minit untuk penuh dari 10%.

Kesimpulan

Pro
  • Processor berkuasa dan RAM 2GB
  • Skrin IPS yang memuaskan
  • Kamera dengan low-light mode yang terbaik
Con
  • Button navigasi tidak bercahaya
  • LED notifikasi tidak kelihatan dari tepi
  • Shutter kamera agak perlahan
Kongsi di Google Plus

About syahrul

Tiada Kepayah Selagi Kita Mahu Berusaha ...
Dapatkan HABBASYI OIL - Kapsul Habbatussauda + Madu

- Hubungi 019 215 7175 (Syahrul)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment