Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Salji Turun Di Indonesia Hanya Berita Palsu

Salji Turun Di Indonesia Hanya Berita Palsu. Heboh di laman sosial seperti facebook, whatsapp, wechat dan lain-lain kononnya salji turun di Indonesia. Berita ini diperkukuhkan lagi apabila cuaca di kebanyakkan tempat di Malaysia terutama di kawasan pantai timur dan utara semenanjung Malaysia yang lebih sejuk dari kebiasaannya dikatakan berkait dengan fenomena salji yang turun di Indonesia.
berita palsu salji turun di Indonesia

Gambar Hiasan

Berita salji turun di Indonesia ini disebarkan dengan lebih meluas dengan ‘bukti’ video penampakkan salji di Indonesia. Tonton video di bawah.. Video yang dibuat oleh “Chelms Ford News” yang ternyata berita palsu sama sekali.

Bukti Salji Turun Di Indonesia Hanya Berita Palsu

berita palsu salji turun di Indonesia

Kalau diperhatikan video yang berdurasi 1 minit 48 saat itu terlihat tiada seseorang pun saksi yang boleh ditemuramah sebagai saksi tentang dakwaan salji turun di Indonesia. Begitu juga dengan media-media cetak dan elektronik rasmi tiada berita tentang fenomena ini. Selain itu, video ini dimuat naik pada tahun lepas iaitu pada bulan Ogos 2013 dan baru diperhebahkan 3,4 hari kebelakangan ini. Jadi berita salji turun di Indonesia hanya berita palsu.

Punca Cuaca Sejuk Di Malaysia

Cuaca sejuk yang melanda negara kebelakangan ini bukanlah perkara baru, ini adalah fenomena biasa di mana bulan Januari dan Februari tiap tahun merupakan tempoh suhu yang agak rendah brebanding bulan-bulan lain. Ini kerana disebabkan oleh tiupan angin timur laut yang kencang yang berpunca dari Tanah Besar China ketika ini yang sedang mengalami musim sejuk. Jadi berita turunnya salji di Indonesia menyebabkan sebahagian tempat di Malaysia mengalami sejuk melampau adalah tidak benar.
berita palsu salji turun di Indonesia

Kenyataan Jabatan Meteorologi berkaitan cuaca sejuk yang melanda Malaysia 
 
Menurut laporan ini, salji turun di Indonesia adalah mustahil kerana negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia dan Indonesia adalah bersuhu tinggi sepanjang tahun. Walaubagaimanapun dari sudut usia alam ini dan kuasa Pencipta adalah tidak mustahil..
Wallahua’lam
Kongsi di Google Plus

About ΛΓΓОVЄРЄΛСЄ™

Tiada Kepayah Selagi Kita Mahu Berusaha ...
Dapatkan HABBASYI OIL - Kapsul Habbatussauda + Madu

- Hubungi 019 215 7175 (Syahrul)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment