Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Pelajar IPT Lakukan Pelbagai Cara Atasi Kenaikan Kos Sara Hidup

KUALA LUMPUR: Bagi menampung kehidupan harian berikutan kenaikan kos sara hidup kini, pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah itu.


Menyedari tidak boleh hanya bergantung dengan wang pinjaman pendidikan, Ag Mohd Nasharudin Awang Nayan, 20, memilih bekerja sambilan di kedai makan berhampiran kediamannya bagi menampung perbelanjaan sehariannya.


Katanya, walaupun mendapat pinjaman pendidikan, wang itu tidak mencukupi kerana baki yang tinggal setelah ditolak yuran pengajian dan penginapan adalah terlalu sedikit sedangkan dirinya memerlukan antara RM300 hingga RM400 sebulan bagi menampung perbelanjaan.


“Selepas ditolak yuran dan sewa penginapan baki pinjaman saya hanya tinggal dalam kira-kira RM200 (sebulan) sahaja, dan jumlah itu tidak cukup, jadi saya memilih untuk mencari kerja sambilan untuk mencari duit belanja, walaupun dibayar kira-kira RM45 sehari, bagi saya ia mencukupi” kata pelajar tahun dua Diploma Jurusan Reka Bentuk Multimedia di sebuah kolej swasta di ibu kota.
Tambah beliau lagi walaupun penat dengan kuliah dan tugasan, baginya bekerja secara sambilan ini mengajar dirinya berdikari dan sebagai persediaan untuknya menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar.
Mohd Faeis Mohd Niza, 22, pula memilih untuk berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian bagi menghadapi kenaikan kos sara hidup.
“Saya memilih untuk masak makanan sendiri berbanding makan di luar, kecuali jika keadaan terlalu sibuk dengan tugasan baru lah saya ke kedai makan,” katanya.
Bekerja sambilan di restoran makanan segera adalah salah satu inisiatif pelajar IPTA demi menampung perbelanjaan harian
Beliau yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Jurusan Seni Lukis dan Seni Reka di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam juga menyenaraikan barangan yang hendak dibeli bagi mengelakkan pembaziran akibat membeli barangan yang tidak perlu.
Berkongsi kereta dan menaiki pengangkutan awam merupakan cara Hamiza Hamidon, 25, pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Tekstil UiTM Shah Alam untuk meminimumkan kesan kenaikan harga petrol dalam perbelanjaan sehariannya.
“Sebelum ini saya selesa menggunakan kereta sendiri, sekarang saya menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta jika ke kelas atau melakukan aktiviti diluar, dengan cara ini kos petrol dan tol dapat dikurangkan,” katanya.
Beliau juga memilih untuk membuat salinan daripada buku-buku yang dipinjam daripada perpustakaan universiti bagi menjimatkan kos.
Tambah beliau, kebanyakan buku yang digunakan dalam jurusannya boleh didapati di perpustakaan.
Beliau juga berharap bilangan kedai yang disenaraikan dalam Kad Diskaun Siswa 1Malaysia yang diperkenalkan pada 2012 supaya diperluaskan.
Menurutnya walaupun pengguna kad berkenaan ditawarkan diskaun antara 5 hingga 60 peratus, kedai yang terbabit masih lagi sedikit dan tidak dapat memberi impak yang berkesan di dalam membantu mengurangkan beban siswa dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup. -Bernama
Kongsi di Google Plus

About ΛΓΓОVЄРЄΛСЄ™

Tiada Kepayah Selagi Kita Mahu Berusaha ...
Dapatkan HABBASYI OIL - Kapsul Habbatussauda + Madu

- Hubungi 019 215 7175 (Syahrul)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment