Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

3 KAPAL CHINA YANG MENCEROBOH PERAIRAN NEGARA MINGGU LALU

negara gempar apabila James Shoal yang terletak 80 kilometer di dalam perairan Sarawak diceroboh oleh 3 buah kapal dari tentera laut China. Hak milik kawasan perairan James Shoal ini juga dutuntut oleh China sungguh terletak ribuah kilometer dari tanah besar China. April lalu Malaysia membantah tindakan tentera China yang meletakkan plak besi di atas permukaan batu James Shoal sebagai tanda menuntut hak negara mereka. 


Sejak kebelakangan ini tentera China semakin agresif menuntun kepulauan kecil di dalam Laut China Selatan. Reason for their claim? Laut CHINA Selatan mendapat namanya kerana suatu ketika dahulu laut ini adalah kepunyaan empayar China dan majoriti ketulan batu dan pulau di dalam lautan ini ditemui oleh Laksamana Cheng Ho. Ini memberikan mereka hak tuntutan terhadap kesemua pulau yang ada walaupun Malaysia, Taiwan, Filipina dan Vietnam terletak lebih dekat dengan batuan/pulau ini dari China.
China menghantar kapal pengangkut kenderaan amfibia Changbai Shan (989) dan dua kapal frigate Sanya (574) dan Yueyang (575) untuk menjalankan latihan ketenteraan di sekitar Kepulauan Spratly (Kepulauan Nansha - nama yang diberikan China)dan Paracel (Kepulauan Xinsha) sejak 20 Januari yang lalu. Laporan media mengatakan China menghantar dua kapal Destroyer tetapi ini adalah tidak tepat kerana Sanya dan Yueyang adalah frigate. Pada 22 Januari yang lalu pula sebuah latihan pendaratan tentera marin dilakukan ke atas Kepulauan Paracel dilakukan oleh China menggunakan helikopter, hovercraft (Type 726 Yuyi) dan bot kecil. 
Kapal pengangkut amfibia Changbai Shan ialah kapal sepanjang 206 meter seberat 20 000 tan. Ia mampu membawa 500-800 tentera marin, 4 buah hovercraft, 20 kereta perisai dan 4 buah helikopter Z8 Super Frelon. Changbai Shan ialah kapal pengangkut amfibia kelas Yuzhou terbaru China dan memasuki perkhidmatan pada tahun 2012. Ianya kapal ketiga dari 6 buah yang akan digunakan tentera laut China.
Kapal Sanya dan Yueyang pula ialah frigate kelas Jiangkai II. Sebanyak 20 frigate ini akan digunakan oleh China. Sanya dan Yueyang adalah 2 kapal terbaru kelas ini. Sanya mula beroperasi Mac 2012 manakala Yueyang pada Disember yang lalu. Kedua-dua kapal mempunyai sistem misil anti kapal dan pelancar roket anti kapal selam.
Ketiga-tiga kapal yang menceroboh perairan negara ini adalah yang terbaru milik China dan dihantar untuk meguji sistem senjata dan kemampuan anak kapalnya. 
Gambar di bawah ialag gambar rasmi yang diambil ketika latihan dijalankan oleh ketiga-tiga kapal di atas minggu lalu. 
Kongsi di Google Plus

About ΛΓΓОVЄРЄΛСЄ™

Tiada Kepayah Selagi Kita Mahu Berusaha ...
Dapatkan HABBASYI OIL - Kapsul Habbatussauda + Madu

- Hubungi 019 215 7175 (Syahrul)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment