Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Jep Sepahtu Lupa Diri?




Sudah menjadi trend, di mana jua rancangan ataupun majlis rasmi sudah tentu ada pelawak akan dijemput bagi memeriahkan lagi acara. Tidak kira menjadi pengacara, penghibur atau penyanyi, rezeki pelawak di tanahair kita semakin berkembang dan sekaligus menjadikan golongan ini semakin dihormati.

Dengan kemeriahan itu menyebabkan ada dikalangan peminat yang mula mengambil langkah untuk melamar pelawak untuk dijadikan suami dan itulah yang terjadi kepada Jep dari kumpulan Sepahtu. Jep yang sudi berkongsi perkara tersebut turut terkejut dengan perkara yang berlaku dan berkata, kebanyakan mereka melamarnya menerusi laman sosial Twitter dan aplikasi WeChat tetapi dia tidak membalas permintaan itu semata-mata mahu menjaga hati mereka. Mengambil pendekatan untuk berdiam diri, Jep berharap perkara tersebut tidak membuatkan mereka semua berkecil hati jauh sekali untuk melukakan hati sesiapa pun.

Jep turut meluahkan rasa kesal apabila membaca satu laporan akhbar yang melaporkan dia mula bangga diri dengan kejayaannya dan sering melukakan hati ahli-ahli kumpulannya iaitu Shuib dan Rahim. Bukan itu saja, dia terkejut kerana dikatakan sebagai sombong dan suka meremehkan kebolehan rakannya itu. Jep turut mendakwa perkara tersebut sebagai fitnah dan tidak berasas.

Menurutnya lagi, rakan yang rapat dengan dirinya sudah tahu mengenai perangai sebenarnya yang memang suka bergurau kasar tetapi hanya dengan teman-teman rapat sahaja. Jep turut berharap agar semua pihak tidak terus menyebarkan perkara tersebut dan berterima kasih kepada peminat Sepahtu yang masih menyokong kumpulan tersebut untuk berada di dalam Maharaja Lawak Mega 2014 bagi episod minggu ke sepuluh Jumaat ini.


Sumber : ERA fm





Kongsi di Google Plus

About ΛΓΓОVЄРЄΛСЄ™

Tiada Kepayah Selagi Kita Mahu Berusaha ...
Dapatkan HABBASYI OIL - Kapsul Habbatussauda + Madu

- Hubungi 019 215 7175 (Syahrul)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment