PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd
(Perodua) melancarkan kereta Perodua Alza serba baharu dengan
pengurangan harga atas jalan antara dua dan tujuh peratus berbanding
sebelum ini, menjadikannya kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan harga
paling kompetitif di pasaran.
Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid berkata, selain
pengurangan harga atas jalan, Alza baharu itu juga melalui
penambahbaikan keseluruhan bernilai RM4,000.
“Pengurangan harga ini dibuat melalui pengurangan kos secara berkesan
bermula rangkaian pembekal, kilang, pembuatan, pusat servis, pusat
jualan serta menambah baik produktiviti barisan hadapan.
“Kami mampu kurangkan harga atas jalan Perodua Alza generasi baharu ini
antara RM1,000 sehingga RM5,500 (bagi tiga varian berbeza), sekali gus
menyahut seruan kerajaan supaya syarikat automotif melakukan pengurangan
harga kenderaan secara berperingkat,” katanya dalam Majlis Pelancaran
Perodua Alza Generasi Baharu di Kuala Lumpur, semalam.
Harga terkini Perodua Alza 2014
Beliau berkata, Perodua menyasarkan 4,300 unit Alza baharu itu dijual
setiap bulan tahun ini, berbanding 3,800 unit setiap bulan bagi model
sebelum ini pada 2013.
“Kami sasarkan peningkatan sumbangan jualan Alza kepada 26 peratus
daripada jualan keseluruhan Perodua tahun ini, berbanding 23 peratus
tahun lalu,” katanya.
Sejak diperkenalkan pada November 2009 sehingga Disember 2013, sebanyak 169,000 unit Alza berjaya dijual.
Menurut Aminar, jumlah keseluruhan MPV yang dijual daripada 2010
sehingga 2013 di Malaysia adalah 396,000 unit, menjadikan Alza MPV
paling banyak dijual sepanjang tempoh itu.
Perodua Alza generasi baharu ditambah baik melalui ciri-ciri keselamatan
lebih baik, rekaan dalaman lebih versatil dan penjimatan penggunaan
minyak.
Ia boleh didapati dalam tiga varian iaitu standard dan edisi Khas dengan
transmisi automatik dan manual, serta Versi Advanced transmisi
automatik serendah RM52,400 sehingga RM64,000 seunit. -Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment