Umum mengetahui kes Johan Raja Lawak
dibaling gelas di kepala yang menyebabkan kecederaan kepada beliau pada
tahun 2010 yang lalu. Unjuran daripada itu, kami mengetahui bahawa Johan
telah menang kes saman sebanyak RM1 juta kepada pengarah drama, Mohd
Javed menerusi syarikat Juara Filem Production Sdn Bhd.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Gok Yam di sini pada Selasa bagaimanapun
menetapkan 23 Januari depan bagi menentukan jumlah ganti rugi yang harus
dibayar oleh pihak defendan selepas plaintif menuntut RM1 juta dalam
saman berkenaan sebelum ini.
Dalam pada itu mahkamah turut mengarahkan defendan untuk mengeluarkan
kenyataan maaf terhadap plaintif secara terbuka menerusi media cetak dan
elektronik.
Bagaimanapun permohonan defendan membuat tuntutan balas terhadap Johan dengan menuntut wang RM2 juta dibatalkan.
Pada perbicaraan kes tersebut berlangsung, Johan hanya diwakili peguam Zahrin Ishak dan pembantu peguam berkenaan, Suhaimi Saad.
Manakala pihak defendan pula diwakili peguam Baljit Singh.
Pada Jun 2010, Johan membuat tuntutan saman terhadap pengarah Mohd Javed
menerusi syarikat produksi Juara Filem Productions Sdn Bhd agar
membayar RM1 juta sebagai ganti rugi berikutan kes dibaling gelas
sehingga menyebabkan kecederaan di dahi pada Mei 2010.
Dia menerima lima jahitan akibat luka pada dahinya itu.
Selain menuntut ganti rugi RM1 juta, Mohd Javed dalam tuntutan berkenaan
turut dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat
dan e-mel yang diedarkan kepada persatuan-persatuan seni dan media bagi
menjelaskan keadaan tersebut.
Johan turut menuntut ganti rugi khusus sampingan dan bertambah iaitu jika dia membuat pembedahan plastik.
Johan bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah berkenaan.
0 comments:
Post a Comment