Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Atasi Masalah Kaki Berbau!



Penjagaan tubuh yang baik adalah bila kita dapat menjaga diri dari ujung rambut sampai ke ujung kaki. Jika penampilan anda sudah sempurna, cantik dan kacak, tapi kaki sering mengeluarkan bau tak yang kurang menyenangkan memang spoil.
Bromhidrosis adalah nama medic untuk bau kaki. Penyebabnya adalah kaki yang mengeluarkan peluh yang bercampur dengan bakteria, dan menghasilkan isovaleric acid (zat yang berbau kurang menyenangkan). Kaki dipercayai dapat menghasilkan sekitar 570 ML peluh dalam sehari. Ya,memang bukan jumlah yang sikit. Kita juga harus ingat peluh yang keluar bukan air semata semata. Tapi peluh yang bercampur bakteria yang menjadi punca kaki berbau.
Berikut adalah diantara tips yang boleh diguna pakai untuk mengatasi masalah ini:
Gosok celah-celah jari kaki
Setiap kali mandi jangan lupa bersihkan celah-celah jari kaki, karena kawasan itu adalah kawasan yang paling lembab. Dan jika terlampau kotor dapat menjadi punca bau yang kurang menyenangkan. Gunakan sabun mandi dan berus lembut untuk menggosok.
Potong kuku
Rajinlah memotong kuku. Jangan biarkan kotoran berkumpul pada kuku-kuku anda. Lakukannya seminggu sekali.
Rendam kaki dengan teh,garam atau serbuk kopi
Teh dipercayai mampu menghilangkan bau yang kurang enak. Caranya hanya dengan merendam kaki dalam besen yang telah diisi air panas/suam dan hampas teh, rendam selama 10 minit. Selain teh, boleh juga gunakan garam dengan cara yang sama. Serbuk kopi pula boleh  dibungkus dengan kain bersih, kemudian masukan ke dalam kasut selama semalaman.
Pola makan
Ternyata pola makan yang tidak seimbang dapat mempengaruhi bau pada kaki. Makanan pedas dan yang tinggi kalori dapat membuat tubuh dan kaki menjadi lebih mudah berpeluh.
Material yang digunakan untuk membuat  kasut
Penyebab bau kaki  juga adalah kerana pemilihan kasut dari  jenis material yang salah. Material daripada  plastik/getah  cenderung membuat kaki berpeluh kerana panas dan tiada pengaliran udara. Lebih baik pilih kasut yang mempunyai alas dari bahan berasaskan kain.
Simpan kasut ditempat yang sepatutnya
Jangan menyimpan kasut sebarangan. Selain dapat menyebabkan kasut lebih cepat rosak, ia juga boleh menimbulkan bau yang tidak enak. Simpan kasut ditempat yang aliran udaranya lancar, atau gunakan silica gel jika menyimpan kasut di dalam kotak.
Gunakan Foot Patch
Foot Patch merupakan alternatif untuk menghilangkan toksin dalam badan. Toksin kadang kadang boleh menjadi punca kenapa  kaki berbau. Tampalkan foot patch sebelum tidur, dan lihat toksin yang telah disedut keluar oleh herba yang terdapat pada foot patch tersebut.
Berjumpa doktor
Cara terakhir jika bau kaki anda tidak hilang juga, cara terbaik  berjumpalah dengan doktor supaya doktor boleh memberikan antibiotik untuk menghapuskan bakteria yang membiak di kaki.
Kaki berbau merupakan masalah biasa. Tapi kita jugak haruslah berusaha untuk menghilangkan bau tu supaya bau busuk tu tak menganggu orang lain.
Kongsi di Google Plus

About ΛΓΓОVЄРЄΛСЄ™

Tiada Kepayah Selagi Kita Mahu Berusaha ...
Dapatkan HABBASYI OIL - Kapsul Habbatussauda + Madu

- Hubungi 019 215 7175 (Syahrul)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment