Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Budak Bawah Umur Hisap Rokok Secara Umum

rasanya kalau anda melihat kejadian seperti ini (melihat budak bawah umur merokok dengan bergayanya) agak-agak apa tindakan anda? haa, inilah yang berlaku di sebuah restoran di Batang Kali.. Baca laporan sepenuhnya di bawah.
BATANG KALI – Rasa kurang senang pengunjung yang makan di sebuah restoran di sini melihat seorang remaja bawah umur merokok, menyebabkan seorang lelaki menegur kelakuan remaja terbabit dengan niat menasihati.

Bagaimanapun, remaja lelaki berusia 13 tahun dikenali sebagai Khaliq itu bertindak kurang sopan apabila membalas kata-kata yang tidak enak didengar.

Kesudahannya, Khaliq hampir ditampar oleh pemuda, Ramlan Zainuddin, 36, yang cuba menasihatinya.

Ramlan berkata, dia hanya mahu menasihati remaja terbabit supaya lebih menghormati orang dewasa dan tidak merokok di khalayak ramai kerana perbuatannya salah.

“Ini satu kesalahan sebab dia bawah umur, malah merokok selamba di depan orang ramai.
“Saya tidak mahu adik saya begini sebab itu saya tegur,” katanya yang menganggap Khaliq seperti tanggungjawab menjaga adiknya.

Sebelum itu, Khaliq bersama seorang rakannya dilihat membeli ‘rokok batang’ yang dijual di restoran India Muslim tersebut.

Seorang lagi pelanggan, Nur Aina Nabila Arshad, 35, berkata, sikap peniaga menjual rokok kepada remaja bawah umur antara faktor gejala merokok dalam kalangan anak muda berleluasa.
Menurutnya, peniaga kedai runcit dan restoran sepatutnya perlu terlibat sama dalam usaha membendung gejala tidak sihat itu.

“Ahli keluarga juga perlu bertegas sebab masalah seperti Khaliq ini jelas berpunca daripada ibu bapa yang tidak pedulikannya.

“Dia kata ibu bapanya tak tahu dia merokok dan tak peduli dia ke mana. Jadi, bagaimana anak-anak muda ini tidak rosak,” katanya. – Sinar Harian
Kongsi di Google Plus

About ΛΓΓОVЄРЄΛСЄ™

Tiada Kepayah Selagi Kita Mahu Berusaha ...
Dapatkan HABBASYI OIL - Kapsul Habbatussauda + Madu

- Hubungi 019 215 7175 (Syahrul)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment