Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Sejarah Pengubatan Dalam Islam

      Di masa hayat Rasulullah s.a.w. tidak tersebar ilmu pengubatan ini kecuali setelah keluar sekumpulan para sahabat Rasulullah s.a.w. berjumlah seramai 30 orang untuk pergi berdakwah bagi menyebarkan agam Islam hinggalah mereka tiba di sebuat perkampungan orang Arab pada waktu gelap malam. Mereka meminta izin dengan orang kampung itu agar mereka diterima menjadi tetamu pada malam itu, tetapi permintaan mereka ditolak oleh ketua kampung itu maka terpaksalah mereka berkhemah diluar kampung di padang pasir. Tiba-tiba pada malam itu, ketua kampung itu telah disengat oleh binatang berbisa lalu mereka berusaha dengan berbagai daya usaha dan kepakaran yang diwarisi turun temurun menurut kebiasanya dengan ramuan-ramuan yang dipakai untuk menahan kesakitan daripada sengatan itu. Namun ternyata usaha mereka tidak berhasil.

     Maka berkata sebahagian daripada mereka dengan memberi pandangan dan cadangan, "Amatlah baiknya kalau kamu pergi berjumpa dengan sekumpulan yang datang kepada kamu petang tadi untuuk meminta izin bermalam di sini. Mudah-mudahan terdapat sesuatu penawar atau ubat pada salah seorang daripada mereka."

     Datanglah pada malam itu orang kampung kepada mereka untuk meminta bantuan dan berkata, "Wahai tuan-tuan sekalian! Bahawa ketua kami telah pun disengat oleh binatang yang berbisa. Kami telah mencuba dan berusaha dengan sedaya upaya yang kami tahu dengan segala kepakaran yang ada pada kami tetapi tiada juga memberi kesan yang positif . Sebab itulah kami datang kemari untuk menemui tuan-tuan. Adakah terdapat di kalangan tuan-tuan orang yang pandai mengubatnya?"

     Berkatalah salah seorang daripada mereka : "Ya! Ada. Bahawa saya demi ALLAH boleh menjampi tetapi demi ALLAH sesungguhnya kami telah meminta izin untuk menjadi tetamu kamu semua dan kamu semua tidak sudi menerima kami sebagai tetamu. Kerana itu maka saya tidak mahu menjampikan untuk kamu semua hingga kamu jadikan kamu upahan untuk perkara itu. Maka berdamailah mereka pada malam itu atas cara memberikan sebahagian daripada sekumpulan kambing - Menurut Cerita ... sebanyak 30 ekor kambing.

     Setelah mendapat persetujuan di atas persetujuan tersebut maka pergilah orang yang hendak menjampi itu lalu bermulalah dia meniup ke atas tempat sengatan itu sambil membaca "ALHAMDULILLAHI RABBIL 'ALAMIN" dalam masa sekejap saha terasa seolah-olah dibukakan dari ikatan dengan pantasnya. Ia berasa segar lalu berjalanlah Ketua Kampung yang terkena sengatan itu dan tiada mrasa apa-apa sakit lagi. Hendaklah kamu sempurnakan untuk mereka 30 ekor kambing yang telah mereka bersetuju atasnya. Kemudian berkatalah salah seorang daripada mereka,"Berbahagilah antara kamu semua kambing-kambing ini". Lalu berkatalah orang yang menjampi tadi, "Tunggu Dahulu! Jangan kamu perbuat lagi sehingga kami datang kepada Rasulullah s.a.w. dan melaporkan kepada baginda Rasul apa yang telah berlaku kemudia kami akan lihat apakan yang akan diperintahkan oleh baginda Rasul kepada kami". Setelah itu mereka pun datang menghadap kepada junjungan Rasulullah s.a.w. lalu mereka ceritakan apa yang telah berlaku.

Sabda Nabi S.A.W. :
"Apakah engkau tahu bahawa ianya(Surah Al-Fatihah) menjadi jampi atau penawar yang boleh diambil upah kerananya. "

Kemudian Nabi bersabda lagi

" Sebenarnya telah betullah tindakan kamu semua. Bahagialah upahan itu di antara kamu dan masukkan untukku bersama kamu sebahagiannya. "

Dan akhirnya Nabi Ketawa.

     Perkataan Rasulullah s.a.w. itu sebagai menyukakan hati mereka dan menerangkan bahawa perbuatan mereka itu dibenarkan.
Kongsi di Google Plus

About ΛΓΓОVЄРЄΛСЄ™

Tiada Kepayah Selagi Kita Mahu Berusaha ...
Dapatkan HABBASYI OIL - Kapsul Habbatussauda + Madu

- Hubungi 019 215 7175 (Syahrul)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment