Lintah Suka Pada Kaki Zina | Kisah ini menceritakan tentang seorang isteri
yang suka melakukan zina di belakang suaminya. Dipengakhiran hidupnya,
dia telah jatuh sakit dan kemudiannya Allah SWT telah mendatangkan
hukuman ke atas perbuatannya. Semoga kisah ini dapat menjadi tauladan
kepada semua orang. Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka, tetapi
hanya akan tertutup apabila nyawa tidak lagi dikandung badan.
Apabila timbulnya cerita pelik, sudah
pasti kita agak sukar untuk mempercayainya. Namun di dunia ini, tiada
perkara yang mustahil untuk berlaku kerana Allah SWT telah menetapkan
bahagian seseorang itu. Tetapi ingat, kita perlu sentiasa mengikut
segala perintah Allah SWT dan meninggalkan perkara yang dilarangNya.
Kisah ini sebenarnya adalah artikel yang diambil dari sebuah majalah
Mastika. Jom ikuti kisah tentang mayat seorang isteri yang suka
melakukan zina.
Kadar gejala seks bebas kian meningkat
dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja
melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang
bujang mahupun yang telah berkahwin! Seperti yang pernah penulis
kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima akibat
perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas.
Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan.
Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga
dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes
yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan
pengajaran darinya.
“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin
masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya,
bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik.
Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan
iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.
Ketika itu kegiatan penyeludupan beras
tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita
melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan
hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup
seharian sahaja.” Jelas En.Idris.
Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan
nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak
tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja
kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.
Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.
Ramai wanita sekitar kampung Jamilah
melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar
boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya.
Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah
sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja,
sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah
Jamilah.
Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia
Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan
di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk
beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.
Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah
dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum
dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia.
Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda
dan beras terpaksa dirampas. Sikap tidak puas hati rakan-rakan
penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan
mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa
orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka
mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.
Malah rasuah tersebut bukan sekali dua
bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri
ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi
berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika
berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.
Maka heboh diceritakan akan kisah
Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan
yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh
orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan
perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.
Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.
Selang beberapa tahun kemudian Jamilah
diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk
sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak
yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak
seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan
sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan
matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga
yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum
menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.
Upacara kematian seperti biasa orang
kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan
liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik
sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya.
Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi
namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan
lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu
kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa
memanjangkan lagi liang lajiokihadnya.
Setelah semua keluarga pulang ke rumah
tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga.
Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya
itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad
pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama
mayat mak dalam kubur” Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya
itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali
kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam
dikebumikan tadi.
Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah.
Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang
sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat
Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.
Setelah itu mayat Jamilah terpaksa
dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya
untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah
itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat
seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah. Segera kami
menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.
Saya tidak dapat membayangkan akan
apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu.
Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh
sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah
sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.
Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.
Dosa berzina sudah cukup besar tidak
tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar
isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui
akan azabnya kelak.
Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka
sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa
hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah.
0 comments:
Post a Comment