Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

GAZA Bumi Merkah

Ketika marak api dalam tidur lena anak-anak kecil
di pangkuan seorang ibu
bapa berjuang dengan menyambung nyawa di tanah sendiri
seberkas nadi maut remaja bersenjatakan biji-biji batu
dan lastik kayu gagah dan berani kerana-Mu Tuhan
atas payung Islam yang satu
Negara-negara Arab mabuk di meja rundingan yang tak pernah sudah
saban tahun
pemimpinnya menghitung jutaan kekayaan dari telaga minyak
katung peribadi setinggi Bukit Uhud
isi Quran di tolak ke tepi dibiarkan darah bangsa seIslam dihirup Yahudi
negara teluk bertelagah sama sendiri.

Di bumi kita asyik protes membakar patung-patung
dan bendera musuh
meraung dalam delekmanasi sajak-sajak dan teater
pada setiap kali bumi Plastien di serang api garuda Israel
yang takpernah sudah-sudah
inikah kekita mampu buat
mengumpul dana hantar di pinggir sempadan
manusia hitam enggan buka pintu kemanusiaan
kita riba tangan tak boleh buat apa-apa.

Kita baikot hasil dagangannya
sejauhmana umat Islam kita berjaya
bagai sehelai kertas di bakar abuk-abuk hitam menjadi mainan angin
Bangsa Yahudi gelak dan ketawa kerana kepala negara
telah kutawan dengan harta, rasuah, perempuan,bunga riba sana-sini
ugutan negaramu akan kami hancur dengan idealogi
dan bunga api merah di pergunungan itu.

Mereka ketawa kerana Islam takpernah bersatu
sebab roh terpisah dari khalimah keramat Tuhan
penuh dengan hasad dengki, tamak haloba
percaturan kuasa di tangan sendiri
meninggikan kotak-kotak mungkar di taman peribadi
yang takpernah kering dengan alunan asyik utopia ini
rakyat jelata hanya bisa tumpah airmata sia-sia sahaja
kerana saban tahun debu-debu bunga yang berterbangan itu
bisa hinggap ke mana sahaja
mengikut haluan angin.
Kongsi di Google Plus

About ΛΓΓОVЄРЄΛСЄ™

Tiada Kepayah Selagi Kita Mahu Berusaha ...
Dapatkan HABBASYI OIL - Kapsul Habbatussauda + Madu

- Hubungi 019 215 7175 (Syahrul)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment