Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Kesalahan Aqidah Didalam Lagu Nasyid

Pada kemasukkan pada 2 tahun yang lalu, saya pernah menulis tentang kesalahan Nasyid di kacamata ahli sunnah, dan pada kali ini saya ingin berkongsi tentang apa yang terkandung didalam sebuah lagu nasyid yang mana telah pun popular dan sering dimainkan di corong-corong radio. Mungkin para pembaca pernah mendengar lagu ini :


 Jika dihayati betul-betul antara lirik yang disebut pelbagai kata-kata yang menunjukkan sesuatu yang seakan-akan menyeru, sedangkan kita didalam Agama Islam dilarang untuk menyeru apa pun walau atas alasan apa pun selain kepada Allah tapi ini yang berlaku didalam lagu tersebut.

“Kembali Ruh kembali
Kembalilah ke dalam diri”

1/ Meyeru entah kepada siapa dan seruan yang berbentuk syirik.
2/ Andai seruan itu dituju kepada Allah sekalipun ia adalah berbentuk seruan yang dilarang di sisi Islam.
3/ Tidak pernah tercatat atau tertulis dalam al-Quran mahupun Hadis mengatakan bahawa manusia atau apa sahaja yang mempunyai roh mampu merintih atau menyeru perkataan seumpama itu dalam keadaan selepas mati.

“Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang”

1 – Menurut al-Qur’an dan Hadis, kita tidak diberi tahu tentang bilakah masanya ajal kia akan sampai.tiada manusia yang menantikan kedatangan malaikat maut. (Rujuk al-An’am:2).
2 – Hal qadha dan Qadar, adalah suatu persoalan ghaib yang menjadi rahsia disisi Allah.(Rujuk al-An’am: 59)

Kesalahan ke-3: Menisbahkan diri sebagai orang yang mengalami kematian lalu mampu
menceritakan kisah kematiannya kepada dunia luar.

1/ Tidaklah diceritakan hal-hal yang ghaib itu melainkan melalui perantaraan al-Qur’an dan Rasul-Nya. Cukuplah al-Qur’an dan Rasulullah sebagai petunjuk.

“7 langkah pun baru berlalu
Seusai talqin bernada syahdu”

1/ Menurut sesetengah pendapat tidak ada talqin di waktu sesudah kematian. Talqin menurut sunnah adalah semasa seseorang itu sedang nazak (yakni: bukan selepas mati dan dilakukan di atas kuburan), lalu
diajari dengan kalimah la ilaha illallah atau lafaz syahadah. Itulah hakikat talqin yang sebenar.
(rujukan: Ahkamul Janaiz, Sheikh al-Muhaddith Muhammad Nashiruddin al-Albani)
2/ Tetapi ada juga pendapat mengatakan talqin dilakukan adalah untuk menjadi ikhtibar kepada yang masih hidup supaya dapat memuhasabah diri.

“Selama ini diceritakan kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad dikebumikan”

1/ Tidak ada manusia yang mati mampu menceritakan perihal kematiannya samada sedang ataupun selepas kematian.
2/ Jasab kita akan dikebumikan didalam Kubur dan Alam Barzakh adalah Ruh,

“Ajal yang datang di muka pintu”

1 – Tidak pernah ada petunjuk Dalil yang memberitahu bagaimana bentuk dan rupa datangnya
ajal. Juga tiada petunjuk bila datangnya ia, melainkan semua itu atas rahsia Allah.
Kongsi di Google Plus

About ΛΓΓОVЄРЄΛСЄ™

Tiada Kepayah Selagi Kita Mahu Berusaha ...
Dapatkan HABBASYI OIL - Kapsul Habbatussauda + Madu

- Hubungi 019 215 7175 (Syahrul)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment