Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

PENGENALAN ISTILAH-ISTILAH DALAM FIQH SYAFI’E

  • Azhar : Pendapat yang berasal daripada dua qaul atau lebih oleh Imam Syafi’e, di mana perselisihan dalam menentukan manakah qaul yang sebenarnya oleh Imam Syafi’e sangat kuat. Lantaran itu pendapat yang paling kuat dan terserlah hujahnya diantara qaul-qaul itu dikenali sebagai Azhar. Sementara pendapat satu lagi berlawanan dengannya dikenali sebagai Zahir kerana kekuatan dalil kedua-duanya.

  • Masyur : Pendapat yang berasal daripada dua qaul atau lebih oleh Imam Syafi’e, dimana dalam menentukan manakah qaul yang sebenarnya oleh Syafi’e tidak terdapat perselisihan yang kuat. Qaul yang paling kuat dalam perselisihan ini dikenali sebagai Masyur sementara lawannya dikenali sebagai Gharib kerana kelemahan hujahnya.

    Azhar dan Masyur merupakan fatwa yang lahir daripada Imam Syafi’e sendiri.

  • Asah : Berasal daripada dua pendapat atau lebih yang dikeluarkan oleh para Ulama’ Mazhab Syafi’e dimana mereka menfatwakan berdasarkan kepada pendapat Imam Syafi’e atau mereka mengistimbatkannya berdasarkan kepada kaedah-kaedah yang dipakai oleh Imam Syafi’e. Perselisihan diantara qaul-qaul sangat kuat. Oleh itu pendapat yang paling terserlah kekuatan dalilnya dikenali sebagai Asah.

  • Sohih : Berasal daripada dua pendapat atau lebih oleh para Ulama’ Mazhab Syafi’e tetapi perselisihan diantara pendapat-pendapat itu tidak kuat. Pendapat terkuat di antaranya dikenali sebagai Sohih, sementara lawannya merupakan Qaul Dhaif ( lemah) kerana kesalahan hujahnya.

    Asah dan Sohih merupakan fatwa yang lahir daripada Ulama’-Ulama’ Syafi’e.

  • Wajah: Bererti pandangan atau fatwa yang lahir daripada Ulama’-Ulama’ Syafi’e dalam melaporkan tentang Mazhab Syafi’e seperti sesetengah mereka melaporkan bahawa dalam masalah tertentu terdapat dua Qaul oleh Imam Syafi’e atau Dua Wajah oleh Para Ashab ( Ulama’-Ulama’ Mazhab Syafi’e), sementara sebahagiannya yang lain pula memutuskan bahawa satu sahaja di antara qaul-qaul itu oleh Imam Syafi’e . maka qaul yang satu yang diputuskan ini diungkapkan dengan istilah mazhab. Mazhab merupakan pandangan yang dikira sebagai fatwa dalam Mazhab Syafi’e.

  • Nas : Bererti nas ( perkataan ) Imam Syafi’e sendiri. Lawannya ialah wajah yang Dhaif atau Qaul Mukharraj. Qaul Mukharraj merupakan hasil jawapan yang diberikan oleh Imam Syafi’e terhadap dua hokum yan gberbesa tetapi dalam gambaran yang seakan-akan sama di mana tidak jelas tanda yang dapat membezakan di antara kedua-dua hokum itu. Lantaran itu para Ulama’ Mazhab Syafi’e telah menukilkan jawapan Imam Syafi’e itu dengan menyatakan hokum itu pada dua keadaan yang dijawab oleh Imam Syafi’e. Dengan itu setiap daripada jawapan itu menyebabkan timbul dua qaul, iaitu qaul mansus ( Dipercayai sebagai pendapat Syafi’e yang sebenar ) dan Qaul Mukharraj. Menurut pendapat yang asah Qaul Mukharraj tidak boleh dinisbahkan kepada Imam Syafi’e kerana ada kemungkinan beliau menarik balik daripada berpendapat dengan qaul itu. Walaupun begitu kedatangan sesuatu masalah difatwakan bukan berdasarkan kepada nas.

  • Jadid : Pendapat yang difatwakan oleh Imam Syafi’e semasa berada di Mesir sama ada pendapat yang dimuatkan dalam tulisannya atau disampaikan melalui fatwanya.

  • Qadim : Pendapat yang difatwakan oleh Imam Syafi’e semasa berada di Iraq yang dimuatkan dalam kitabnya al-Hujjah atau yang difatwakan secara lisan. Imam Syafi’e telah menarik balik pendapat-pendapat ini dan tidak mengharuskan difatwakan dengannya. Namun para Ulama’ Mazhab Syafi’e telah memberikan fatwa berdasarkan pendapat Qadim dalam kira-kira tujuh belas masalah. Tentang pendapat Syafi’e semasa beliau berada di Mesir dan Iraq maka pendapatnya yang terkemudian dikenali sebagai Jadid sementara pendapat yang awal dikenali sebagai Qadim. Apabila dalam sesuatu persoalan terdapat fatwa Jadid dan Qadim maka yang patut diamalkan ialah fatwa Jadid.
Kongsi di Google Plus

About ΛΓΓОVЄРЄΛСЄ™

Tiada Kepayah Selagi Kita Mahu Berusaha ...
Dapatkan HABBASYI OIL - Kapsul Habbatussauda + Madu

- Hubungi 019 215 7175 (Syahrul)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment