Pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko dalam Facebooknya berkata, pesawat Boeing 777 itu dipercayai terhempas berhampiran bandaraya Donetsk, dan menambah ia ditembak menggunakan sistem anti-pesawat Buk.
GRABOVO , 18 Julai:
Pesawat MH17 yang dalam
penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh
oleh militan pro-Russia di timur Ukraine, dakwa pegawai Kementerian
Dalam Negeri Ukraine.
Serpihannya dipercayai
terhempas di kawasan perkampungan Grabovo, kira-kira 40 kilometer dari
sempadan Russia di kawasan di mana pemisah pro-Russia bergiat aktif dan
mendakwa pernah menembak jatuh pesawat lain.
Pegawai Kementerian Dalam
Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko dalam Facebooknya berkata, pesawat
Boeing 777 itu dipercayai terhempas berhampiran bandaraya Donetsk, dan
menambah ia ditembak menggunakan sistem anti-pesawat Buk.
Agensi Berita Ukraine, Interfax melaporkan pesawat berkenaan hilang daripada radar ketika ia sedang terbang setinggi 33,000 kaki, ketinggian biasa bagi mana-mana pesawat.
Ukraine menuduh Russia memainkan peranan aktif dalam konflik empat bulan itu dan menuduhnya pernah menembak jatuh jet pejuang Sukhoi Su-25 Ukraine – tuduhan yang dinafikan oleh Moscow.
Komander tentera
pemberontak, rakyat Russia bernama Igor Strelkov, menulis dalam media
sosial sejurus sebelum laporan mengenai pesawat MH17 itu bahawa
pasukannya pernah menembak jatuh pesawat Antonov An-26 di kawasan sama.
Sumber : The Rakyat Post
About ΛΓΓОVЄРЄΛСЄ™

Tiada Kepayah Selagi Kita Mahu Berusaha ...
Dapatkan HABBASYI OIL - Kapsul Habbatussauda + Madu
- Hubungi 019 215 7175 (Syahrul)
Dapatkan HABBASYI OIL - Kapsul Habbatussauda + Madu
- Hubungi 019 215 7175 (Syahrul)
0 comments:
Post a Comment