Hetty Sarlene
Umum mengetahui, pelakon kelahiran Singapura, Hetty Sarlene pernah
mengambil keputusan untuk berhijab atau bertudung pada pertengahan tahun
lalu.
Perubahan itu mendapat reaksi positif dari ramai peminatnya kerana
mereka beranggapan Hetty sudah insaf dan telah terbuka hati untuk
berubah ke arah kebaikan.
Sejak itu, nama beliau semakin jarang diperkatakan peminat manakala
popularitinya jatuh secara mendadak. Kemunculan Hetty dalam rancangan TV
pula semakin kurang sehingga pada satu tahap pelakon yang pernah
popular menerusi drama bersiri Sembilu itu dilupakan sepenuhnya oleh
peminat.
Mungkin perasaan ingin kembali popular seperti dulu membuak-buak dalam
diri kerana hanya dengan adanya populariti maka mudah untuk mendapat
tawaran-tawaran berlakon, menjadi duta produk dan sebagainya.
Adakah istilah populariti inilah yang ingin cuba diraih semula Hetty
Sarlene selepas semakin dilupakan peminat hampir setahun lalu?
Mungkinkah beliau mempunyai sebab-sebab peribadi lain yang memaksanya
tampil dengan imej menjolok mata? Apa pula pandangan anda?
Rasanya, untuk kontroversi seperti ini, Hetty perlu segera tampil kepada
media untuk memberikan penjelasan sebenar agar masyarakat di luar sana
tidak terus menerus melemparkan kritikan dan tomahan terhadap dirinya.
0 comments:
Post a Comment