Samsung Galaxy Camera ialah kamera pintar
android yang menjadi kegilaan ramai tahun lalu. Oleh sebab itu tidak
mengejutkan apabila Samsung mengumumkan generasi keduanya beberapa jam
yang lalu. Samsung Galaxy Camera 2 diperkasakan pemproses 1.6 Ghz Empat
Teras, 2 GB RAM, muatan dalaman 8 GB, skrin 4.8 inci ,sensor sebesar
16.3 megapixel dan kemampuan zoom optikal sebanyak 21 kali. Ia akan
menggunakan Android 4.3 Jellybean. Nampak lebih kemas dan nipis dari
Galaxy Camera. Adakah anda teruja? Ia mungkin memasuki pasaran Malaysia
beberapa bulan sahaja dari sekarang.



0 comments:
Post a Comment