Perpustakaan George Peabody ialah antara
perpustakaan yang disenaraikan sebagai paling indah di dunia. Ianya
terletak di Baltimoredan diberi jolokan Katedral Buku. Perpustakaan ini
menempatkan lebih dari 300 000 buah buku dan dibina oleh hartawan
ternama George Peabody sebagai hadiah kepada orang awam Baltimore.
Beliau mahu membuka bangunan yang membenarkan kesemua rakyat membaca
dengan percuma. Rekaan dalamannya terdiri daripada ruang legar setinggi
61 kaki dan sky light yang diperbuat daripada besi. Perpustakaan George
Peabody ini dibuka pada tahun 1878 dan sehingga ini masih boleh
digunakan oleh penduduk Baltimore. Selain menjadi tempat membaca buku,
ruang legar perpustakaan ini juga menjadi dewan makan dan venue untuk
mengadakan majlis perkahwinan.



0 comments:
Post a Comment