Di Malaysia ketagihan dadah memaksa
kerajaan membuka pusat Serentibagi memastikan penagih boleh menjadi
manusia yang boleh pakai. Ada juga pusat pengasih yang menjadi last
chance saloon kepada Jamal Abdillah yang terlalu hardcore sampai
sekarang tak pulih-pulih. Di China masalah dadah ada tetapi yang lebih
merisaukan mak bapak ialah masalah ketagihan internet. Ketagihan
internet mengikut pendapat China ialah seseorang yang menghabiskan
sekurang-kurangnya 6 jam berterusan di hadapan komputer melayari
internet. Kebanyakkan "penagih" mempunyai masalah ketagihan permainan
online sehingga kehabisan wang.
Masalah ini semakin kronik kerana banyak kes mak bapak dibelasah setelah
enggan memberikan wang kepada anak untuk membeli rare item ataupun
menghalang mereka mengakses komputer. Di dalam negara di mana setiap
keluarga hanya dibenarkan mempunyai seorang anak, masalah anak mengalami
ketagihan internet dianggap serius. Kadas pelajar yang tidak habis
pengajian juga semakin meningkat kerana dibuang kolej kerana gagal.
Asyik sangat bermain permainan online.
Kem rehab internet yang menyerupai kem tentera semakin popular di China.
Kem sebegini mula muncul sejak 2009. Kem ini memastikan pelatih tidak
mempunyai akses kepada telefon dan komputer selama 3 bulan. Pelatih yang
hardcore dibelasah dan ada yang diberi terapi renjatan elektrik bagi
memulihkan ketagihan. Bagi ibu bapa kekejaman kem ini adalah perlu bagi
memastikan anak mereka tidak akan membesar menjadi kutu internet yang
ketagihan seumur hidup. Kos juga bukan murah kerana ibu bapa perlu
membayar sehingga RM9970 untuk menanggung kos rawatan. Ini ialah jumlah
yang besar bagi sebuah keluarga di China.

0 comments:
Post a Comment